PORTAL LOGIN STR : FASA 4 2025 SEMAKAN STATUS
Terkini! Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa akhir (Fasa 4) kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) akan diawalkan sempena sambutan perayaan Deepavali.
Bagaimanakah login portal str? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN : CARA MOHON BAP 2026 RM150

APA ITU PORTAL STR?
Portal STR merupakan Portal Rasmi bagi urusan STR seperti :
PORTAL RASMI STR | PAUTAN |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Permohonan;
- Semakan Status Kelayakan;
- Semakan Status Bayaran; dan
- Kemas kini Maklumat.
SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BANTUAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Fasa 4 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jenis bank penerima. |
LOGIN & SEMAK STATUS DI PORTAL STR
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
- ‘Frasa keselamatan’ akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN PORTAL STR
Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan No. MyKad seperti biasa
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
- Klik butang [Seterusnya]
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya]
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
- Klik butang [Tukar Kata Laluan]
- Selesai.
KAEDAH PEMBAYARAN
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Apa itu MySTR?
- MySTR adalah Portal Rasmi STR untuk semua urusan bantuan seperti permohonan, semakan, dan kemaskini maklumat.
- Adakah saya boleh akses Portal MySTR menggunakan MyDigital ID?
- Ya. MyDigital ID juga boleh digunakan sebagai kaedah untuk mengakses Portal MySTR selain log masuk biasa.
- Bagaimanakah cara daftar STR?
- Anda boleh layari Portal MySTR dan buat permohonan baharu. Isi maklumat yang diperlukan dan ikuti langkah-langkah yang disediakan.
- Bila boleh semak status di portal STR?
- Status kelayakan boleh disemak pada bila-bila masa sahaja setelah pembayaran STR mula dikreditkan.
- Bagaimana jika status menunjukkan tidak lulus?
- Jika anda memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda boleh membuat rayuan melalui portal rasmi STR dalam tempoh yang ditetapkan.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]