SARA 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SARA 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Selain bantuan kewangan langsung iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan MADANI juga menyediakan peruntukan untuk bantuan kewangan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai satu langkah untuk meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat.

Dalam Belanjawan 2026, Perdana Menteri telah menerangkan serba sedikit berkaitan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 9 juta rakyat yang layak pada setiap bulan. Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK STATUS STR FASA 4 2025 : KELAYAKAN & MAKLUMAT BAYARAN

SARA 2026 SEMAKAN

APA ITU SARA?

SARA rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan kewangan tambahan yang disalurkan kepada rakyat berpendapatan rendah dan pendapatan sederhana terutamanya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bantuan SARA dibayar dengan cara yang unik iaitu dibayar secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan khas untuk pembelian barang-barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barang sekolah.

SIAPA YANG LAYAK SARA 2026?

Penerima yang layak menerima Bantuan SARA 2026 adalah yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) eKasih :
    • Tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar;
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Warga emas tiada pasangan dan Bujang.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bukan eKasih :
    • Tidak tersenarai dalam rekod data eKasih.
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Warga emas tiada pasangan dan Bujang.

JUMLAH BANTUAN SARA 2026

9 juta rakyat yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukan eKasih akan menerima bayaran Bantuan SARA sebanyak RM50 / RM100 setiap bulan sehingga RM600 / RM1,200 setahun.

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA 2026 kepada penerima STR bukan eKasih :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN SARA
2026
Isi RumahRM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
Warga EmasRM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun
BujangRM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun

1 juta lagi rakyat yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berdaftar eKasih akan menerima bayaran Bantuan SARA sehingga sebanyak RM200 setiap bulan sehingga RM2,400 setahun.

Berikut pula jumlah bayaran Bantuan SARA 2026 kepada penerima STR daftar eKasih :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN SARA
2026
Isi RumahRM200 setiap bulan
sehingga
RM2,400 setahun
Warga EmasRM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
BujangRM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun

Selain bayaran Bantuan SARA dilaksanakan secara bulanan, Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan Bantuan SARA kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia sebanyak RM100 setiap seorang secara sekaligus (one-off).

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN SARA
ONE-OFF
Isi RumahRM100
Warga EmasRM100
BujangRM100

CARA PENERIMAAN SARA 2026

Setiap penerima seluruh Malaysia akan menerima Bantuan SARA mengikut cara berikut :

  • Penerima Di Semenanjung Malaysia :
    • Terima bayaran Bantuan SARA 2026 secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan perlu digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas dalam tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember).
  • Penerima Di Sabah & Sarawak :
    • Terima bayaran Bantuan SARA 2026 secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan perlu digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas dalam tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember).

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026

Dua (2) portal yang dibuka untuk semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA, iaitu :

Panduan Cara Semak Status Kelayakan Penerima Di Portal MyKasih :

  1. Layari pautan Portal MyKasih di atas.
  2. Halaman utama MyKasih akn dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan [Nombor MyKad] pada ruangan yang disediakan.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan akan dipaparkan (sekiranya layak).
  8. Selesai.

Panduan Cara Semak Status Kelayakan Penerima Di Portal MySTR :

  1. Layari pautan Portal MySTR di atas.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan.
  3. Klik butang [Tutup] untuk ‘Makluman Terkini’.
  4. Masukkan [Nombor MyKad] pada ruangan yang dusediakan.
  5. Teruskan dengan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Sahkan ‘Kata Kunci Keselamatan’ dengan klik [Ya].
  8. Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  9. Klik butang [Log Masuk].
  10. Bahagian ‘Profil Pemohon’ akan dipaparkan.
  11. Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan STR dan SARA akan dipaparkan.
  13. Selesai.

*Nota : Semakan status SARA untuk 2026 masih belum dibuka.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026

  1. Adakah semua rakyat layak terima Bantuan SARA 2026?
    • Rakyat yang merupakan penerima STR akan terima bayaran Bantuan SARA setiap bulan. Manakala semua rakyat dewasa akan menerima bayaran Bantuan SARA sekali sahaja.
  2. Adakah Bantuan SARA diberikan secara tunai?
    • Tidak. Bantuan SARA dikreditkan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang boleh digunakan untuk beli barang keperluan di kedai terpilih.
  3. Sekiranya saya penerima STR, adakah saya layak terima bayaran SARA setiap bulan?
    • Ya, penerima STR akan secara automatik layak untuk terima bayaran Bantuan SARA setiap bulan.
  4. Bilakah bayaran Bantuan SARA 2026 akan dimasukkan dalam MyKad?
    • Tarikh pembayaran Bantuan SARA 2026 masih belum diumumkan secara rasmi.
  5. Bagaimanakah cara mohon Bantuan SARA 2026?
    • Untuk menerima Bantuan SARA, anda perlu memohon Bantuan STR dan eKasih (sekiranya berpendapatan bawah garis PGK semasa).

RUJUKAN LANJUT

Portal rasmi MyKasih dan Belanjawan 2026 kami jadikan sebagai rujukan untuk menulis artikel ini dan kami ringkaskan supaya pencari lebih mudah faham berkaitan Bayaran Bantuan SARA 2026. Namun, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA 2026, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment