CHECK STATUS STR FASA 4 2025 : KELAYAKAN & MAKLUMAT BAYARAN
Jadual yang disediakan iaitu jangkaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah pada bulan November. Namun, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk membayar Fasa 4 lebih awal pada bulan Oktober kepada 9 juta penerima yang layak.
Pembayaran yang keempat (4) ini dilaksanakan untuk membantu rakyat supaya dapat membuat persiapan untuk hari perayaan Deepavali yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selain itu, diskaun tol diberikan sehingga 50% pada hari perayaan Deepavali.
Ketahui maklumat bayaran seperti tarikh, jumlah serta cara penerima dan ikuti juga cara check status kelayakan sebagai penerima STR Fasa 4 2025 di bawah.
BACA JUGA : STR 2026 : SEMAKAN STATUS, PERMOHONAN, JUMLAH BANTUAN

MAKLUMAT BAYARAN STR FASA 4 2025
Penerima sedia ada dan pemohon baharu perlu mengetahui maklumat-maklumat bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti tarikh bayaran, jumlah bantuan dan cara penerimaan kerana ianya diberikan berbeza-beza bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima.
Berikut merupakan maklumat-maklumat bayaran bagi Fasa 4 tahun 2025 :
TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025
Secara rasminya Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan diawalkan daripada jangkaan untuk membantu rakyat membuat persiapan Hari Perayaan Deepavali.
Tarikh pembayaran Fasa 4 akan berlangsung selama beberapa hari bermula pada tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Bermula 18 Oktober 2025 (Sabtu) dan berperingkat |
Penerima Baharu | Bermula 18 Oktober 2025 (Sabtu) dan berperingkat |
JUMLAH BANTUAN STR FASA 4 2025
Tentunya jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang akan diterima oleh setiap kategori berbeza-beza bermula dengan jumlah RM100 sehingga maksimum RM700 (tertakluk kepada kelayakan katagori penerima).
Ketahui jumlah bayaran Fasa 4 bagi setiap kategori seperti di bawah :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM350 3 – 4 anak : RM500 5 & ke atas : RM700 |
Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 & ke atas : RM350 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
CARA PENERIMAAN STR 2025
Oleh kerana bukan semua rakyat mempunyai akaun bank yang aktif, Kerajaan menyediakan dua (2) cara penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, supaya rakyat dapat menerima bayaran dengan mudah.
Berikut merupakan dua (2) cara penerimaan bayaran Fasa 4 mengikut jenis penerima :
- Pembayaran Secara Terus Di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Penerima yang tiada akaun bank / penerima status gagal kredit / penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak perlu menuntut bayaran Bantuan STR di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
- Pembayaran Secara Terus Ke Dalam Akaun Bank :
- Penerima / pasangan yang mempunyai akaun bank yang aktif serta mendaftarkan maklumat bank dalam permohonan STR perlu menunggu bayaran dimasukkan dalam akaun tersebut.
CHECK STATUS STR FASA 4 2025
Untuk maklumat bayaran yang lebih jelas dan status kelayakan yang sah, sila rujuk panduan cara check status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang betul di Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ seperti berikut :
- Pada halaman utama Portal Rasmi STR, sila klik [TUTUP] pada ‘makluman terkini‘.
- Masukkan nombor [Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- *Pastikan tiada sengkang dan tanpa jarak.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Teruskan dengan butang [Semak].
- “Kata Kunci Keselamat” akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan [Kata Laluan] yang telah ditetapkan dengan betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Profil pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Oleh kerana ramai carian berkaitan “Cara Check Status STR”, kami berkongsikan maklumat yang terkini dirujuk sepenuhnya daripada sumber yang sahih iaitu Portal Rasmi STR untuk memudahkan carian orang ramai. Untuk info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]