BILA BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BILA BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri turut menyatakan bahawa pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa empat (4) akan diawalkan pada bulan Oktober ini daripada jangkaan November.

Ketahui tarikh bayaran, cara penerimaan, kadar bantuan dan status kelayakan penerima STR Fasa 4 di bawah.

BACA JUGA : BELANJAWAN 2026 : PENJAWAT AWAM, BONUS, STR, SARA, PTPTN, BANTUAN

STR FASA 4 2025

KRITERIA PENERIMA STR

Pemohon yang merupakan Warganegara Malaysia serta memenuhi kriteria-kriteria kelayakan berikut akan dipilih “Layak” untuk terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Berkahwin yang ada atau tiada anak;
    • Ibu / bapa tunggal ada anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau ke atas sehingga RM5,000 (M40).
  • Kategori Bujang :
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun / Bujang OKU umur 19 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
  • Kategori Warga Emas :
    • Tiada pasangan / balu / duda / janda tiada anak yang menepati syarat;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.

BILA BAYARAN STR FASA 4 2025

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang akan diawalkan sempena persediaan menyambut perayaan Deepavali.

Berikut merupakan tarikh mula bayaran STR Fasa 4 2025 :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN STR
FASA 4 2025
Penerima Sedia AdaMulai 18 Oktober 2025
Penerima BaharuMulai 18 Oktober 2025

KADAR BAYARAN STR FASA 4 2025

Penerima bujang, warga emas dan isi rumah akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk setiap fasa dengan kadar yang berbeza-beza bergantung kepada kelayakan yang ditetapkan.

Berikut adalah kadar bayaran STR Fasa 4 bagi tahun 2025 :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR
FASA 4 2025
BujangRM150
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM150
Isi Rumah B40Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM350
3 – 4 anak : RM500
5 anak & ke atas : RM700
Isi Rumah M40Tiada anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 anak & ke atas : RM350

CARA BAYARAN STR FASA 4 2025

Kerajaan menyediakan dua (2) cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), supaya rakyat dapat menerima bayaran dengan mudah tanpa sebarang ketirisan.

Dua (2) bayaran STR Fasa 4 2025 disediakan seperti berikut :

  1. Bayaran Secara Tunai :
    • Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana pusat yang bersesuaian diberikan kepada penerima yang tiada akaun bank, penerima status ‘Gagal Kredit’ dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  2. Bayaran Terus Ke Dalam Akaun :
    • Pembayaran secara sistem ‘IBG Fund Transfer’ terus dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau akaun pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.

*Nota : Penerima yang telah mendaftarkan maklumat akaun bank semasa permohonan perlu menunggu bayaran STR dimasukkan secara berperingkat.

SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 4 2025

Penerima sedia ada perlu ketahaui status kelayakan dan pemohon yang telah kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum 30 September 2025, boleh mengetahui status kelayakan dan bayaran.

Ikuti panduan cara semak status kelayakan bayaran STR Fasa 4 seperti berikut :

BILA BAYARAN STR FASA 4
  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Status Kelayakan & maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

  1. Bila bayaran STR Fasa 4 dimasukkan?
    • Pembayaran Bantuan STR Fasa 4 akan dimasukkan bermula pada 18 Oktober 2025 dan berperingkat.
  2. Adakah masih boleh mohon Bantuan STR Fasa 4?
    • Permohonan STR Fasa 4 adalah sehingga 30 September 2025 sahaja.
  3. Berapakah jumlah penerima yang layak menerima bayaran STR Fasa 4?
    • Penerima yang layak menerima bayaran STR Fasa 4 dianggarkan seramai 9 juta.
  4. Dimanakah boleh tuntut bayaran STR Fasa 4 sekiranya tiada akaun bank?
    • Penerima yang layak boleh menuntut bayaran STR Fasa 4 di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
  5. Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 4 kepada golongan bujang?
    • Setiap penerima berstatus bujang akan menerima bayaran sebanyak RM150.

RUJUKAN LANJUT

Semua maklumat yang kami kongsikan adalah berdasarkan rujukan daripada portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk memudahkan capaian orang ramai. Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau masalah, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment