BANTUAN BULANAN DALAM MYKAD : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pelaksaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima memenuhi keperluan hidup melalui perbelanjaan barangan asas secara bulanan, menggunakan bantuan bulanan yang diberikan.
Bagaimanakah semakan status bantuan bulanan dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA PENDAFTARAN EKASIH ONLINE (2025 BANTUAN SARA MYKASIH)

PENGENALAN BANTUAN BULANAN DALAM MYKAD
Bantuan bulanan dalam MyKad atau Kad Pengenalan ialah Bantuan yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dimana bantuan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad (Kad Pengenalan).
Bantuan dalam MyKad berfungsi seperti berikut :
- Disalurkan setiap bulan melalui MyKad;
- Untuk membeli barangan keperluan asas;
- Pembayaran dilakukan dengan menggunakan MyKad (Kad Pengenalan) di kedai runcit atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Tersenarai dalam data eKasih (Miskin dan Miskin Tegar);
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
BANTUAN BULANAN DALAM MYKAD
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
KADAR BANTUAN BULANAN DALAM MYKAD
- Penerima STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM50 (Januari – Disember) |
- Penerima STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 (April – Disember) |
TARIKH LUPUT BANTUAN BULANAN DALAM MYKAD
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 adalah seperti berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH BAYARAN | TARIKH LUPUT/TAMAT |
---|---|---|
Penerima STR & eKasih | Bermula Januari sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
Penerima STR Sahaja | Bermula April sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
CARA TEBUS BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih (SARA) 2025:
- Apa itu bantuan bulanan dalam MyKad?
- Bantuan bulanan dalam MyKad merupakan Program SARA yang dikreditkan ke dalam MyKad secara bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas.
- Adakah bantuan ini dalam bentuk tunai?
- Tidak. Bantuan MyKasih disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima untuk membeli barangan asas.
- Bagaimana cara semakan kelayakan dibuat?
- Anda boleh menyemak status kelayakan secara online di Portal Rasmi SARA.
- Berapa jumlah bantuan bulanan yang diberikan?
- Isi rumah menerima sehingga RM200 sebulan, manakala bujang / warga emas menerima bayaran sehingga RM150 sebulan.
- Di mana bantuan ini boleh digunakan?
- Di lebih 7,300 kedai runcit dan pasar raya berdaftar di bawah Program SARA.
RUJUKAN
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]