SEMAKAN STR FASA 4 2025
Kerajaan Malaysia membayar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat yang layak secara berperingkat melalui empat (4) fasa. Yang mana fasa satu (1), dua (2) dan tiga (3) telahpun selesai dibayar kepada 8.6 juta rakyat yag layak.
Bilangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk bayaran fasa empat (4) dijangka bertambah seiring dengan pendekatan kerajaan membuka permohonan sepanjang tahun untuk rakyat yang layak.
Ikuti artikel ini untuk mengetahui cara semakan dan maklumat lebih lanjut berkaitan bayaran Bantuan STR Fasa 4.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH OKTOBER : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU STR?
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40 dan M40).
Namun, Bantuan STR bukanlah dibayar sekaligus kepada penerima. Tetapi ianya dibayar secara berperingkat melalui empat (4) fasa supaya rakyat dapat menggunaka wang tunai tersebut untuk kegunaan pada musim-musim perayaan dan cuti sekolah.
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan setiap kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
A. Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia
- Kahwin (ada atau tiada anak); atau
- Ibu atau bapa tunggal / balu (mempunyai anak yang menepati syarat);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
B. Warga Emas Tiada Pasangan :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
C. Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin; atau
- Balu / duda / janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun / Bujang OKU umur 19 tahun ke atas;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.
*Nota : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas (termasuk bujang OKU) masih belajar sepenuh masa di IPTA /IPTS adalah tidak dibenarkan untuk memohon sebagai kategori bujang dan hanya dibenarkan di bawah maklumat tanggungan isi rumah.
CARA BAYARAN STR FASA 4 2025
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dilaksanakan melalui dua (2) cara bayaran, iaitu :
- Pembayaran terus ke dalam akaun bank :
- Bantuan STR dikreditkan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan).
- *Jika maklumat akaun bank baharu dikemaskini selepas 29 Julai, bayaran Fasa 4 akan dimasukkan ke akaun tersebut.
- Bantuan STR dikreditkan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan).
- Dibayar secara tunai di kaunter BSN :
- Bagi penerima yang tiada akaun bank atau status pengkreditan dipaparkan ‘Gagal Kredit’, penerima perlu menuntut bayaran STR di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
- Bagi penerima di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada capaian perbankan perlu mengambil wang Bantuan STR di lokasi yang sesuai (akan dimaklumkan oleh Kerajaan).
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 kepada setiap kategori penerima :
- Isi Rumah B40 (pendapatan bawah RM2,500) :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Tiada anak | RM200 |
1 – 2 anak | RM350 |
3 – 4 anak | RM500 |
5 dan ke atas | RM700 |
- Isi Rumah M40 (pendapatan RM2,501 – RM5,000) :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Tiada anak | RM100 |
1 – 2 anak | RM200 |
3 – 4 anak | RM250 |
5 dan ke atas | RM350 |
- Warga Emas Tiada pasangan :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
- Bujang :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Bujang / Balu / Duda / Janda | RM150 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dijangka dilaksanakan pada bulan November 2025. Namun tarikh rasmi akan diumumkan tidak lama lagi.
Berikut merupakan tarikh-tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :
- Fasa 1 : 22 Januari – 28 Januari 2025.
- Fasa 2 : 24 Mac – 27 Mac 2025.
- Fasa 3 : 12 Ogos – 21 Ogos 2025.
- Fasa 4 : November 2025.
*Nota : Untuk Fasa 4, tarikh bayaran akan dikemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

SEMAKAN STR FASA 4 2025
Pemohon yang telah kemukakan permohonan boleh buat semakan status kelayakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA SET LUPA KATA LALUAN STR
Bagi yang tidak berjaya log masuk akaun STR kerana terlupa kata laluan, ikuti cara set semula kata laluan seperti berikut :
- Pada halaman utama STR, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Terlupa Kata Laluan].
- Masukkan 12 digit nombor MyKad.
- Klik pada butang [Semak].
- Masukkan alamat e-Mel yang aktif.
- Klik butang [Seterusnya].
- Kata kunci keselamat akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Jawab soalan keselematan yang diberikan dan klik [Seterusnya].
- Masukkan kata laluan yang baharu dan buat pengesahan kata laluan.
- Kemudian, klik [Tukar kata laluan].
- Mesej “Penukaran ID Pemohon Telah Berjaya” akan dihantar kepada anda.
- Log masuk kembali akaun STR dengan kata laluan yang baharu.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya menulis artikel ini berdasarkan maklumat daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]