SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM2100 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK
Ketua Isi Rumah yang tersenarai dalam Sistem eKasih layak menerima pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM2,100 bagi tahun 2025 untuk dibelanjakan bagi barangan keperluan asas secara bulanan.
Bagaimanakah semakan bantuan mykad rm2100 ? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: JADUAL BAYARAN MYKASIH : SEMAKAN STATUS SARA 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM2100 DALAM MYKAD
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JADUAL PEMBAYARAN
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM2100
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA TEBUS BANTUAN RM2100 DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025 :
- Adakah semua rakyat Malaysia layak menerima RM2100 dalam MyKad?
- Tidak. Hanya penerima STR yang tersenarai dalam sistem eKasih yang terdiri daripada kategori Isi Rumah sahaja layak.
- Perlu daftar baru atau automatik?
- Kelayakan adalah secara automatik jika individu merupakan penerima STR yang tersenarai dalam sistem eKasih.
- Bagaimana jika semakan status menunjukkan “Tidak Layak”?
- Anda boleh membuat semakan semula, atau hubungi pihak berwajib.
- Bolehkah baki RM2100 dikeluarkan dalam bentuk tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas berdaftar di kedai terpilih dengan hanya menggunakan MyKad.
- Berapa lama tempoh sah bantuan?
- Baki yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan seterusnya dan hanya SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]