SEMAKAN BAYARAN MYKASIH (2025 BANTUAN SARA)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diberikan setiap bulan sebagai bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 bagi menyokong perbelanjaan keperluan asas. Bantuan ini boleh ditebus di kedai atau pasar raya berdaftar berhampiran sepanjang tempoh pelaksanaan.
Bagaimanakah semakan bayaran mykasih? Ikuti Info lanjut disini.

APA ITU MYKASIH ?
MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan kerajaan yang disediakan khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) dalam bentuk barangan keperluan asas. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan), membolehkan penerima mengkases dan mendapatkan barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya berdaftar dengan menggunakan MyKad.
SIAPA YANG LAYAK BAYARAN MYKASIH?
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JADUAL PEMBAYARAN MYKASIH
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
TARIKH KREDIT & TEMPOH SAH
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Berstatus eKasih : Bermula Januari sehingga Disember 2025
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Sahaja : Bermula April sehingga Disember 2025.
- Tarikh Luput : 31 Disember 2025.
SEMAKAN BAYARAN MYKASIH
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA MENGGUNAKAN KAD MYKASIH
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN MYKASIH
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
KEDAI RUNCIT MENERIMA BAYARAN MYKASIH
Penerima boleh dapatkan barangan asas di lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk kedai runcit dan pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco).
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih 2025:
- Bagaimana cara semakan bayaran MyKasih?
- Semakan bayaran MyKasih boleh dibuat secara online di portal rasmi SARA.
- Berapa jumlah bayaran MyKasih?
- Jumlah kelayakan bayaran MyKasih adalah bergantung kepada kategori penerima. Kadar yang diberikan kepada penerima adalah antaran RM50 sehingga RM200 setiap bulan.
- Bila tarikh bayaran dikreditkan?
- Pengkreditan bayaran setiap 1 hari bulan sehingga Disember 2025.
- Adakah baki yang tidak digunakan boleh dipindah ke bulan seterusnya?
- Ya. Baki yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan seterusnya dan SAH sehingga 31 Disember 2025.
- Apa syarat untuk layak MyKasih?
- Kelayakan adalah secara automatik jika individu merupakan penerima STR kategori isi rumah, dan warga emas yang memenuhi syarat kelayakan bantuan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]