SEMAK EWALLET MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad (Kad Pengenalan) menggalakkan penerima untuk menggunakan kaedah pembayaran secara tanpa tunai (cashless) untuk setiap perbelanjaan bulanan.
Bagaimanakah semak kelayakan ewallet madani 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA GUNA BUDI95 SETEL : TIDAK PERLU KE KAUNTER TUNJUK MYKAD

APA ITU EWALLET MADANI?
Bantuan eWallet Madani disini merujuk kepada bantuan secara tanpa tunai (cashless) yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih dan boleh digunakan oleh penerima untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 7,300 kedai berdaftar.
SIAPA YANG LAYAK?
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JUMLAH BANTUAN EWALLET MADANI 2025
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
SEMAK EWALLET MADANI 2025
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA; dan
- Portal Rasmi MySTR.
Semakan di Portal Rasmi SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan di Portal Rasmi MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA TEBUS EWALLET MADANI 2025
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Bagaimanakah semakan status dibuat?
- Semakan status kelayakan boleh dibuat secara online di portal rasmi SARA dan di Portal Rasmi STR.
- Bila semakan status boleh dibuat?
- Semakan boleh dibuat bermula Tarikh pelaksanaan bantuan iaitu bermula Januari 2025 sehingga Disember 2025.
- Adakah bantuan ini automatik atau perlu daftar?
- Kelayakan adalah secara automatik kepada penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan bantuan.
- Bagaimana jika semakan menunjukkan tidak layak?
- Anda boleh membuat semakan semula melalui portal rasmi, atau menghubungi pihak berwajib.
- Adakah kredit bantuan boleh dikeluarkan sebagai wang tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa tunai bagi pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar MyKasih.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]