BAGAIMANAKAH SEMAKAN STATUS MYKASIH – SEMAK SEKARANG
Bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam bentuk barangan asas untuk membantu golongan B40 dan M40 dalam menyokong perbelanjaan barangan keperluan, SAH digunakan sehingga akhir tahun 2025.
Bagaimanakah semakan status mykasih? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN EKASIH ONLINE (2025 BANTUAN)

APA ITU MYKASIH?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih merupakan bantuan dalam bentuk barangan asas dimana penerima boleh menggunakan MyKad mengikut kadar yang diberikan untuk membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
BAGAIMANAKAH SEMAKAN KADAR BANTUAN MYKASIH?
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
TARIKH PENTING MYKASIH 2025
Berikut merupakan tarikh pelaksanaan bantuan:
- Penerima Berstatus eKasih dan Lulus STR – Bermula Januari sehingga Disember 2025.
- Penerima Lulus STR sahaja – Bermula Januari sehingga Disember 2025.
- Tempoh SAH sehingga 31 Disember 2025.
BAGAIMANAKAH SEMAKAN STATUS MYKASIH?
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
APA YANG BOLEH DIBELI DENGAN MYKASIH?
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barang Kebersihan Rumah;
- Ubat-Ubatan;
- Barang Keperluan Sekolah;
SOALAN LAZIM (FAQ) BAGAIMANAKAH SEMAKAN STATUS MYKASIH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih 2025:
- Bagaimanakah semakan status MyKasih dibuat?
- Semakan status kelayakan boleh dibuat secara online di portal rasmi SARA dan di Portal Rasmi STR.
- Adakah aplikasi mudah alih disediakan?
- Ya, Aplikasi MyKasih disediakan untuk semakan kelayakan, semakan baki serta maklumat lanjut mengenai bantuan termasuk senarai kedai, dan senarai barang yang diluluskan.
- Berapa lama bantuan SARA 2025 ini diberikan?
- Bantuan diagihkan secara bulanan sepanjang tahun, bermula STR anda diluluskan.
- Bolehkah baki yang tidak digunakan dibawa ke bulan berikutnya?
- Ya, baki yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
- Bagaimana cara guna bantuan dalam MyKad?
- Kunjungi Kedai Berdaftar dan pilih barangan keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA, kemudian bayar barangan tersebut menggunakan MyKad anda.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]