BANTUAN SABAH RM900 2025 : SEMAK KELAYAKAN FASA 3 ANDA SEGERA
Rekod kemiskinan di Negeri Sabah mencatatkan jumlah yang tertinggi. Oleh itu, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan kepada 100,000 ribu rakyat di Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Bantuan Sabah) dengan kadar RM900 setiap seorang.
Ketahui cara semak, syarat layak, jadual bayaran dan info lebih lanjut berkaitan Bantuan Sabah RM900 di bawah.
BACA JUGA : LOGIN ECOSS : DAFTAR / REGISTER / CARA BELI MINYAK MASAK SUBSIDI

APA ITU BANTUAN SABAH?
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat sekaligus untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Sabah.
Antara tujuan pemberian Bantuan Sabah RM900 adalah untuk :
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan;
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas; dan
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional.
SIAPA YANG LAYAK?
Hanya rakyat yang memenuhi kelayakan sahaja dipilih layak untuk menerima Bantuan SYUKUR Sabah sebanyak RM900. Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan :
KRITERIA | SYARAT KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
Pemastautin | Status ‘H’ atau bermastautin di Sabah tidak kurang 1 tahun |
Pendapatan | di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa di Sabah |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SABAH RM900
Untuk memudahkan rakyat Sabah menerima Bantuan SYUKUR, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) kaedah bayaran seperti berikut :
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SABAH | JENIS PENERIMA |
---|---|
Dikreditkan dalam akaun bank | Ada akaun bank |
Diberikan secara tunai di kaunter | Tiada akaun bank |
Dikreditkan dalam aplikasi e-Wallet (YONO Superapp) | Tiada akaun bank |
JADUAL BAYARAN BANTUAN SABAH 2025
Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah diberikan secara berfasa mengikut jadual seperti berikut :
PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
Fasa 1 (Januari – Mac) | Februari 2025 | RM900 |
Fasa 2 (April – Jun) | April – Mei 2025 | RM900 |
Fasa 3 (Julai – September) | September 2025 | RM900 |
Fasa 4 (Oktober – Disember) | Oktober 2025 | RM900 |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM900 2025
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak Bantuan Sabah RM900, ikuti cara semakan berikut :
- Layari laman Portal Rasmi PADANS ‘Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025’ di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SABAH
Soalan-soalan lazim (faq) yang sering ditanya berkaitan Bantuan Sabah adalah seperti berikut :
- Berapakah jumlah bayaran Fasa 3?
- RM900 setiap penerima layak.
- Bila tarikh bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 2025?
- Bayaran Fasa 3 dijangka bermula pada Ogos 2025 dan diagihkan secara berperingkat sehingga September.
- Apakah kaedah bayaran yang digunakan untuk Bantuan SYUKUR?
- Pembayaran dibuat melalui akaun bank penerima, tuntutan tunai di kaunter terpilih, atau e-Wallet (contoh: YONO).
- Siapa yang layak menerima Bantuan SYUKUR Sabah 2025?
- Bantuan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah, tergolong dalam kategori B40 atau M40 terpilih, serta berdaftar dalam pangkalan data penerima SYUKUR.
- Bolehkah Bantuan SYUKUR Sabah digunakan untuk bayar bil utiliti?
- Ya, Bantuan RM900 dikreditkan boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi.
INFO LANJUT
Informasi berkaitan Bantuan Sabah yang dikongsikan dalam artikel ini dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS. Untuk info lebih lanjut berkaitan Bantuan Sabah, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]