MYSARA DALAM IC 2025 : SEMAKAN

MYSARA DALAM IC 2025 : SEMAKAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan penerima yang layak secara tanpa tunai melalui MyKad dengan kadar pengkreditan bulanan yang diberikan berdasarkan kategori kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah semakan ekasih dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: LIST ITEM MYKASIH 2025 : SEMAK SENARAI BARANG SARA

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYSARA DALAM IC

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

KADAR BAYARAN MYSARA DALAM IC

Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN MYSARA DALAM IC

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH MULA BAYARANTARIKH AKHIR BAYARAN
Lulus STR & Berstatus eKasihJanuari 2025Disember 2025
Lulus STR SahajaApril 2025 Disember 2025

Amaun Baki kredit dalam MyKad penerima yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH sehingga akhir tahun 2025.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYSARA DALAM IC SECARA ONLINE

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

KAEDAHPENERANGAN
Portal Rasmi SARASemak status berdasarkan maklumat di Sistem SARA/MyKasih
Portal Rasmi MySTRSemak status berdasarkan maklumat di Sistem STR

Semak di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Kemudian, tekan butang [Semakan Status].
  7. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Semak di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

KEGUNAAN DUIT BANTUAN MYSARA DALAM IC

Bantuan MYSARA yang disalurkan ke dalam IC/Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di SENARAI BARANG MYKASIH 2025

BARANG MYKASIH 2025

SENARAI KEDAI LULUS PEMBELIAN MENGGUNAKAN IC

Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan di lebih daripada 7,300 kedai runcit berdaftar termasuk beberapa kedai besar seperti:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI MYKASIH 2025

CARA GUNA KREDIT MYSARA DALAM IC

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYSARA 2025:

  1. Apa itu MYSARA?
    • MYSARA adalah bantuan yang disalurkan secara cashless melalui MyKad untuk membantu golongan yang memerlukan membeli barangan keperluan asas.
  2. Adakah perlu memohon MYSARA?
    • Tidak. Kelayakan MYSARA adalah secara automatik berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan lulus STR 2025 bagi kategori Miskin Tegar dan Miskin, atau lulus STR 2025 bagi kategori bukan eKasih.
  3. Adakah MYSARA boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. MYSARA hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC/MYKAD.
  4. Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit MYSARA?
    • Anda boleh membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih di premis runcit yang berdaftar.
  5. Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit MYSARA?
    • Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment