SEMAKAN SARA RM100 ONLINE : PERCUMA RM100 DALAM MYKAD – CHECK NAMA ANDA

SEMAKAN SARA RM100 ONLINE : PERCUMA RM100 DALAM MYKAD – CHECK NAMA ANDA

SARA ialah sebuah bantuan tanpa tunai yang dikreditkan sebanyak RM100 sekaligus ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasa raya terpilih seluruh negara.

Bagaimanakah semakan SARA RM100 secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA RAHMAH : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SYARAT PENERIMA SARA RM100

Bantuan SARA RM100 hanya diberikan khas kepada yang memenuhi syarat berikut :

  • Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Status Bujang / Isi Rumah / Warga Emas.

SEMAKAN SARA RM100 ONLINE

Ikuti panduan lengkap cara semakan status Bantuan SARA RM100 secara online seperti berikut :

  1. Layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my.
  2. Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100 One-off.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 84XXXXXXXXXX.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  7. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

*Status kelayakan SARA akan dipaparkan seperti berikut (sekiranya anda layak) :

Nama ProgramPenghargaan SARA
StatusLayak
Tarikh Program Bermula31/08/2025
Tarikh Program Berakhir31/12/2025
Baki (RM)100.00

SEMAKAN CARA KREDIT SARA RM100

Kesemua penerima di seluruh Malaysia (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak) akan menerima pengkreditan Bantuan SARA RM100 dengan cara yang sama iaitu secara tanpa tunai (cashless) dalam MyKad (Kad Pengenalan) sekaligus.

TARIKH KREDIT SARA RM100

Bantuan SARA RM100 akan dikreditkan ke dalam MyKad semua penerima secara serentak pada tarikh 31 Ogos 2025 (Ahad) Sempena Hari Kebangsaan. Namun, penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja sebelum 31 Disember 2025 (Rabu).

CARA GUNA SARA RM100 ONLINE

Berikut merupakan panduan cara guna Bantuan SARA RM100 dalam MyKad :

  1. Kunjungi kedai yang menerima bayaran SARA (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
  6. Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.

RUJUKAN

Maklumat berkaitan Bantuan SARA yang dikongsikan di atas adalah diperoleh daripada Portal Rasmi SARA MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di talian berikut :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.

2 thoughts on “SEMAKAN SARA RM100 ONLINE : PERCUMA RM100 DALAM MYKAD – CHECK NAMA ANDA”

Leave a Comment