SENARAI BARANG SARA RAHMAH 2026 : CARA SEMAK & BELI & GUNA

SENARAI BARANG SARA RAHMAH 2026 : CARA SEMAK & BELI & GUNA

Seramai hampir 9 juta rakyat Malaysia yang disahkan layak menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh menebus lebih 140,000 barangan asas di bawah kategori dan jenama yang diluluskan di bawah Program SARA di premis runcit berdaftar.

Apakah senarai barang sara rahmah 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

SYARAT KELAYAKAN SARA RAHMAH

Kelayakan penerima barang sara rahmah 2026 adalah seperti berikut :

JENIS SARAKELAYAKAN
SARA EKASIHWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;

Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
SARA BUKAN EKASIHWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan

CARA PELAKSANAAN SARA RAHMAH

Program SARA Rahmah dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
Cara PelaksanaanBantuan tanpa tunai (cashless) setiap bulan melalui MyKad (Kad Pengenalan)
Kegunaan/ManfaatElaun bulanan yang disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, boleh digunakan untuk membeli barang asas yang diluluskan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh Malaysia
Tempoh bantuan12 Bulan (Januari sehingga Disember)

JUMLAH ELAUN BARANG SARA RAHMAH

Berikut merupakan kadar bulanan SARA Rahmah untuk menebus barang asas yang diluluskan :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SENARAI BARANG SARA RAHMAH

Berikut merupakan senarai barangan yang diluluskan di bawah Program SARA Rahmah :

KATEGORIJENAMA
BerasJasmine, Jati, Faiza, Cap Rambutan, Super5
RotiGardenia, Massimo, Mighty White
Telur CP, NutriPlus, QL Eggs
Minyak MasakSaji, Alif, Buruh, Vesawit, Seri Murni
TepungCap Sauh, Cap Lili, Blue Key, Cap Ros
BiskutMunchy’s, Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng
Mi SegeraMaggi, Indomie, Cintan, Mamee, Mi Sedaap
MinumanMilo, Dutch Lady, BOH, Nescafe, Horlicks, Marigold
Makanan Dalam TinAyam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, Adabi
Bahan PerasaMaggi, Jalen, Kimball, Tamin, Faiza
Produk Kebersihan DiriColgate, Dettol, Kotex
Ubat-Ubatan (OTC)Panadol, Hurix’s, Strepsils, Difflam, Sterimar
Barangan PersekolahanFaber-Castell, Staedtler, Stabilo, Bata
Barangan Kebersihan RumahBreeze, Daia, Dettol pencuci, sabun pencuci lantai
Makanan Sejuk BekuAyam beku, nugget, sayur beku, makanan laut beku

Untuk senarai penuh, anda boleh rujuk di Portal Rasmi SARA di https://sara.gov.my/

CARA TEBUS BARANG SARA RAHMAH

Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 15 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA Rahmah.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment