LOGIN SARA GOV MY : SEMAKAN RM100 ONE OFF 2025
Bantuan RM100 ONE-OFF kini boleh disemak di Portal Rasmi SARA dan akan dikreditkan terus ke MyKad penerima sempena Sambutan Hari Kebangsaan untuk dibelanjakan di premis runcit berdaftar.
Bagaimanakah cara login dan semak rm100 one off di sara gov my? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM100 : SEMAKAN SARA.GOV.MY RM100 ONE OFF
PENGENALAN SARA GOV MY
SARA GOV MY ialah Portal Rasmi untuk Penghargaan SARA atau Bantuan RM100 ONE-OFF di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang membolehkan rakyat menyemak status kelayakan masing-masing bagi mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan tersebut, yang akan dikreditkan terus ke MyKad untuk dibelanjakan di bawah Program SARA.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100 ONE OFF
Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Individu berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan.
Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
MANFAAT PELAKSANAAN SARA RM100 ONE OFF
Bantuan RM100 ONE-OFF akan memanfaatkan hampir 22 Juta Rakyat Dewasa Malaysia dengan pengkreditan melalui Mykad (Kad Pengenalan).
Bantuan ini boleh dibelanjakan untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh Negara.
TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN SARA GOV MY RM100 ONE OFF
Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut :
TARIKH PELAKSANAAN | TARIKH SAH |
---|---|
Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad) | SAH sehingga 31 Disember 2025 (Rabu) |
Kredit Bantuan RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa mulai tarikh pembayaran, dan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN RM100 ONE OFF DI SARA GOV MY
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf