RM100 BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Rakyat dewasa Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan (MyKad) serta menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan akan menerima pengkreditan Bantuan sebanyak RM100 secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (MyKad).
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak RM100 Bantuan MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD SEMAK : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KRITERIA PENERIMA RM100 BANTUAN MYKAD 2025
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan RM100 Dalam MyKad :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
TARIKH KREDIT RM100 BANTUAN MYKAD
Pengkreditan Bantuan RM100 Dalam MyKad kepada semua rakyat adalah pada tarikh berikut :
JENIS PENGKREDITAN | TARIKH KREDIT |
---|---|
Sekali Kredit (One-off) | 31 OGOS 2025, AHAD |
SEMAKAN STATUS PENERIMA RM100 BANTUAN MYKAD 2025
Ikuti panduan cara semakan status penerima Bantuan RM100 Dalam MyKad seperti di bawah :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Status kelayakan penerima Bantuan RM100 Dalam MyKad boleh mula disemak bermula 21 Ogos 2025.
KEGUNAAN RM100 BANTUAN MYKAD 2025
Bantuan RM100 yang dikreditkan dalam MyKad perlu digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi RM100.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.