BANTUAN 100 MYKAD SEMAK : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MyKad / Kad Pengenalan rakyat Malaysia dicipta berasaskan cip yang boleh digunakan bukan sahaja untuk pengenalan diri, namun boleh digunakan untuk memasukkan wang bagi kegunaan pembayaran tanpa tunai termasuk penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan 100 MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA CLAIM SARA RM100 : SEMAK BANTUAN SECARA ONLINE
KADAR BANTUAN MYKAD DISALURKAN
Kerajaan telah menetapkan kadar Bantuan yang akan disalurkan dalam MyKad penerima mengikut kategori berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- RM100 suami.
- RM100 isteri.
- KATEGORI WARGA EMAS :
- RM100 setiap seorang.
- KATEGORI BUJANG :
- RM100 setiap seorang.
TARIKH BANTUAN 100 MYKAD DISALURKAN
Penyaluran Bantuan Dalam MyKad secara selaligus adalah pada tarikh berikut :
- Disalurkan serentak pada 31 Ogos 2025 (Ahad).
CARA GUNA BANTUAN 100 MYKAD
Berikut merupakan panduan cara-cara guna Bantuan RM100 dalam MyKad :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran SARA (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.
*Pembelian hendaklah tidak melebihi kadar Bantuan RM100 dalam MyKad.
BANTUAN 100 MYKAD SEMAK KELAYAKAN
Bagi yang belum mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan Dalam MyKad, ikuti panduan semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK BAKI BANTUAN 100 MYKAD
Untuk mengetahui sama ada baki Bantuan Dalam MyKad ada atau tidak, ikuti panduan semakan berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui ‘Google play’ atau ‘Apps Store’.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.