SEMAK KELAYAKAN STR 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN FASA 3
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini di peringkat fasa ketiga (3) pada tahun ini yang akan memanfaatkan seramai 8.6 juta rakyat dewasa Malaysia yang terdiri daripada isi rumah, warga emas serta bujang yang berpendapatan B40 dan M40.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 MYKAD SEMAKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima STR :
ISI RUMAH :
- Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
- Berpasangan (ada atau tiada anak); atau
- Ibu / bapa tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.
SEMAK KELAYAKAN STR 2025
Ikuti cara semakan kelayakan STR seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BAYARAN STR 2025
Cara bayaran STR adalah bergantung kepada jenis penerima berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dibayar terus melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima / pasagan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
TARIKH BAYARAN STR 2025
Pembayaran STR adalah mengikut tarikh yang ditetapkan seperti jadual berikut :
PERINGKAT PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN STR |
---|---|
Fasa 1 | 22 – 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 – 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | Mulai 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | Belum diketahui |
KADAR BAYARAN STR 2025
Berikut merupakan kadar bayaran STR bagi tahun 2025 :
KATEGORI KELAYAKAN | KADAR BAYARAN STR |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20Fasa%203%2011082025.pdf.