BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Sebagai langkah mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40 dan M40), Kerajaan MADANI akan mula melaksanakan bayaran Bantuan Tunai Rahmah bagi fasa yang seterusnya iaitu Fasa Ketiga (3) pada tahun ini kepada 8.6 juta rakyat yang layak.

Bagaimanakah semakan status Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN STR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN TUNAI RAHMAH

Kerajaan MADANI telah memperkenalkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau ringkasnya STR. Ianya merupakan bantuan kewangan yang disalurkan kepada rakyat secara berperingkat selama empat (4) fasa bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025

Tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3 telah diumumkan seperti berikut :

PERINGKAT PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
Fasa 3Mulai 12 Ogos 2025 (Selasa)
*Lazimnya bayaran adalah berperingkat selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari.

CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025

Bayaran Bantuan Tunai Rahmah adalah dilaksanakan melalui dua (2) cara berikut :

  1. Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
  2. Tuntutan tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional bagi penerima :
    • Tiada maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025

Jumlah bayaran Bantuan Tunai Rahmah adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN FASA 3
Isi Rumah B40Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM300
3 – 4 anak : RM500
5 anak ke atas : RM650
Isi Rumah M40Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM150
BujangRM150
*Untuk mengetahui jumlah yang tepat, sila semak pada laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025

Layari Laman Rasmi Bantuan Tunai Rahmah atau klik pautan di bawah :

Ikuti panduan cara semakan status Bantuan Tunai Rahmah seperti berikut :

  1. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  2. Klik butang [TUTUP] untuk notis pemakluman terkini.
  3. Kemudian, klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20Fasa%203%2011082025.pdf.

Leave a Comment