SEMAKAN BANTUAN 100 IC : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN 100 IC : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Tambahan peruntukan sebanyak RM2 billion oleh Kerajaan MADANI bagi menghargai rakyat Malaysia akan dikreditkan menerusi Kad Pengenalan (IC) supaya ianya dapat memudahkan semua rakyat menerima dan menggunakan bantuan tersebut.

Bagaimanakah semakan Bantuan 100 IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : TUKAR IC ROSAK : ANDA TIDAK BOLEH BUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF RM100? CARA GANTI BARU MELALUI ONLINE

APA ITU BANTUAN 100 IC

Bantuan RM100 yang akan dikreditkan dalam IC (Kad Pengenalan) adalah tambahan di bawah program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai tanda penghargaan Kerajaan sekaligus dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.

SYARAT PENERIMA BANTUAN 100 IC

Bantuan SARA RM100 akan dikreditkan ke dalam IC rakyat yang memenuhi syarat kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Terbaru kepada semua tanpa mengira pendapatan.

*Kira-kira 22 juta individu yang memenuhi kelayakan di atas akan menerima Bantuan RM100 dalam IC.

TARIKH BAYARAN BANTUAN 100 IC

Bayaran Bantuan SARA RM100 akan dimasukkan ke dalam IC semua penerima bermula pada :

  • 31 Ogos 2025, Ahad (Sempena Hari Kemerdekaan Ke-68).

*Penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa sebelum pada 31 Disember 2025 (Rabu).

SEMAKAN BANTUAN 100 IC

Berikut merupakan cara semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA RM100 dalam IC :

  1. Sila layari pautan portal rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN 100 IC

Berikut adalah cara guna Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli berdasarkan label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Pembayaran menggunakan IC dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di :

Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment