LOGIN STR : (FASA 2 2026) SEMAKAN STATUS & MAKLUMAT BAYARAN
Untuk makluman anda, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan instrumen bantuan kewangan utama Kerajaan yang disalurkan secara bersasaran kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana (B40 dan M40). Program ini dirangka khusus buat rakyat yang menepati kriteria syarat kelayakan bagi mengharungi cabaran kos sara hidup yang semakin mencabar saban hari. Memasuki Fasa 2 2026, kepentingan untuk melakukan login STR secara berkala menjadi semakin kritikal bagi memastikan setiap penerima mendapat akses kepada maklumat terkini mengenai amaun bantuan dan tarikh pengkreditan dana ke akaun bank masing-masing.
Bagi tahun 2026, pihak kerajaan telah memperkasakan integrasi data melalui sistem PADU untuk memastikan agihan bantuan dilakukan dengan lebih efisien dan tepat. Oleh itu, setiap pemohon dinasihatkan untuk mengemas kini profil peribadi mereka bagi mengelakkan sebarang kegagalan transaksi pada fasa kedua ini. Melalui akses login STR di portal rasmi, anda bukan sahaja dapat menyemak status kelulusan, malah boleh memantau penyaluran bantuan tambahan seperti program SARA yang kini diselaraskan secara bulanan. Kesedaran mengenai tatacara capaian digital ini adalah langkah pertama dalam memastikan hak anda sebagai penerima bantuan terpelihara.
Walau bagaimanapun, ramai dalam kalangan pengguna masih menghadapi kesulitan untuk mengakses sistem akibat trafik yang tinggi atau terlupa kata laluan pada saat-saat akhir menjelang hari pembayaran. Keadaan ini menimbulkan persoalan penting:
Bagaimanakah cara login STR yang betul dan selamat untuk menyemak keputusan Fasa 2 2026? Ikuti panduan lengkap serta langkah-langkah teknikal yang kami sediakan di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STR : FASA 2 2026
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026
Ketetapan berhubung tarikh bayar duit STR 2026 bagi Fasa 2 belum dimuktamadkan oleh kerajaan. Pihak kami akan segera mengemas kini tarikh tersebut sejurus pengumuman rasmi diterbitkan.
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Anda layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Isi Rumah (STR & SARA)
| ISI RUMAH | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Pemohon | – Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia; – Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. |
| Pasangan | – Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau – Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS). |
| Anak | – Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan – Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan – Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: > 18 tahun dan ke bawah; atau > 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS). |
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)
| KATEGORI | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 60 tahun dan ke atas; dan – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah. |
- Bujang (SARA)
| KATEGORI | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Bujang | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah. |
KATEGORI PENERIMA STR 2026
Pihak Kerajaan telah menetapkan kriteria mengikut kategori penerima yang layak menerima manfaat di bawah penyaluran STR 2026 Fasa 2 sepertimana berikut:
| KATEGORI | KRITERIA PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah (STR & SARA) | – Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak. |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 60 tahun dan ke atas. |
| Bujang (SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. |
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Jumlah bantuan STR 2026 adalah bergantung kepada kategori penerima pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Perincian bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada Anak : RM700. 1-2 Anak : RM1,200. 3-5 Anak : RM1,700. 5 Anak dan Ke Atas : RM2,500. |
| Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000 | Tiada Anak : RM200. 1-2 Anak : RM450. 3-5 Anak : RM700. 5 Anak dan Ke Atas : RM950. |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600. |
| Bujang | Kaedah melalui SARA |
AMAUN BANTUAN STR FASA 2 2026
Perincian mengenai jumlah bantuan STR 2026 bagi Fasa 2 telah ditetapkan sepertimana yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR 2026 (FASA 2) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada anak : Akan Diumumkan 1 hingga 2 anak : – 3 hingga 4 anak : – 5 anak & ke atas : – |
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : – 1 hingga 2 anak : – 3 hingga 4 anak : – 5 anak & ke atas : – |
| Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan Kasar Bulanan RM5,000 dan Ke Bawah | – |
| Bujang Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | SARA: RM50 sebulan |
*Nota Penting: Pihak kami komited untuk mengemas kini perincian mengenai jumlah bayaran STR Fasa 2 serta fasa berikutnya secara masa nyata. Sebarang maklumat hanya akan diterbitkan sejurus selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kementerian bagi menjamin ketepatan data yang anda terima.
JADUAL BAYARAN STR 2026
Jadual bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan adalah seperti yang berikut:
| PERINGKAT | JADUAL BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | Akan Diumumkan |
| Fasa 3 | – |
| Fasa 4 | – |
*Nota Penting: Kami komited untuk mengemas kini jadual bayaran STR 2026 bagi setiap fasa secara sistematik. Segala perincian akan dikemas kini dengan kadar segera sebaik sahaja kenyataan rasmi diterbitkan oleh kementerian berkaitan bagi menjamin ketepatan maklumat yang disampaikan.
LOGIN STR
PANDUAN LENGKAP CARA LOGIN STR 2026 DAN SEMAKAN STATUS FASA 2.
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Portal MySTR 2026 akan dipaparkan.
- Pada paparan tersebut, klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA RESET JIKA LUPA KATA LALUAN LOGIN STR
Berikut adalah cara dapatkan balik password yang terlupa atau hilang.
| PERKARA | PAUTAN |
|---|---|
| Reset Kata Laluan/Password MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/TerlupaKataLaluan |
- Untuk dapatkan balik kata laluan/ password log masuk Portal Rasmi MYSTR 2026 yang terlupa atau hilang, sila tekan pautan di atas.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Kemudian, klik [Semak].
- Sila masukkan Alamat e-Mail yang berdaftar.
- Seterusnya, tekan butang [Hantar].
- Sila semak e-Mail untuk kata laluan baru.
- Anda akan menerima e-Mail : makluman penukaran Kata Laluan ID Sumbagan Tunai Rahmah 2026.
- Dalam e-Mail tersebut akan dipaparkan maklumat ID Sumbangan Tunai Rahmah anda.
- ID Pengguna : No MyKad anda.
- Kata Laluan Sementara : Semak e-Mail anda.
- Sila login Portal MySTR menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara di pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
TIDAK MEMPUNYAI EMEL/ EMEL TIDAK SAMA SEPERTI YANG BERDAFTAR PADA STR/ EMEL TIDAK SAH
Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas :
- Set semula Password melalui emel tidak boleh dibuat.
- Sahkan kata kunci keselamatan.
- Pemohon perlu menjawab 3 soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Password.
Sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat. Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline.
Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKK atau hadir ke Pejabat HASiL. Untuk set semula akaun STR. Selepas akaun STR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MySTR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.
CARA PENERIMAAN STR 2026
Penerima STR 2026 akan memperoleh dana melalui dua cara penerimaan berikut:
| JENIS PENERIMA | CARA PENERIMAAN |
|---|---|
| Penerima yang Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sangat sarankan kepada anda untuk kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
Salam sejahtera.
Berkenaan dengan ACCOUNT STR saya secara online.
Saya nak log-in secara online tapi tiada rekod dalam tahun 2024.sedangkan tahun 2023 dapat log-in .sedangkan setiap awal tahun saya ada mengemaskini account saya di pejabat kauter.
Boleh kah tuan/puan menyemak semula account saya.
Terima kasih.
Ms Bong
Cek str saya
Harap dapat membantu bantuan str
Maaf, nak tanya bila siaran STR 2025 online untuk register
Selamat sejahtera,bekenaan kegagalan LOG IN STR,saya tak dapat nak membuat semakan kelulusan str,hp saya yang saya gunakan sebelum tu,dah rosak,tak dapt on terus,semua ada dlm hp tu,email yang saya gunakan dalam hp tu pun saya tak dapt loq in jgak,no hp yang di gunakan untuk daftar pun tak boleh pakai lagi dah,mcm mana nak selesaikan masalah ni?
Selamat sejahtera,bekenaan kegagalan LOG IN STR,saya tak dapat nak membuat semakan kelulusan str,hp saya yang saya gunakan sebelum tu,dah rosak,tak dapt on terus,semua ada dlm hp tu,email yang saya gunakan dalam hp tu pun saya tak dapt loq in jgak,no hp yang di gunakan untuk daftar pun tak boleh pakai lagi dah,mcm mana nak selesaikan masalah ni?
hi saya nak kemaskini str ayah saya dan saya tapi tak boleh, boleh tolong saya kee? kami nak update password sekali