BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Bantuan kewangan melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat bagi meringankan beban kewangan rakyat Sabah akan memanfaatkan hampir 100,000 rakyat miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam sistem eKasih di Negeri tersebut.
Bagaimanakah semakan layak atau tidak bantuan sentuhan kasih rakyat sabah fasa 2 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH CHECK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN SARA
TUJUAN PELAKSANAAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Objektif utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; DAN
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
SIAPAKAH LAYAK BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
GARIS PENDAPATAN KEMISKINAN PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Berikut merupakan garis pendapatan kemiskinan KIR Miskin dan Miskin Tegar :
MISKIN TEGAR | MISKIN |
---|---|
Isi Rumah : RM1,218 | Isi Rumah : RM2,742 |
Per Kapita : RM218 | Per Kapita : RM617 |
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di : https://syukur.sabah.gov.my/
- Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
- Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan.
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
- Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Fasa 2 2025 akan disalurkan seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | JADUAL PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|---|
Fasa Pertama (1) | Januari – Mac 2025 | 19 Februari 2025 (Rabu) |
Fasa Kedua (2) | April – Jun 2025 | Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat bermula April 2025 |
Fasa Ketiga (3) | Julai – September 2025 | Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat bermula September 2025 |
Fasa Keempat (4) | Oktober – Disember 2025 | Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat bermula Oktober 2025 |
KADAR BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH FASA 2 2025
Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN (RM) |
---|---|
Fasa Kedua (2) | RM 900 |
Penyaluran Fasa 2 kepada penerima adalah sebanyak RM900, meliputi jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak yang mana bayaran tersebut adalah gabungan daripada bulan April RM300, Mei RM300 dan Jun RM300.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT KEPADA PENERIMA
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
- Dikreditkan menerusi akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank;
- Diberikan secara tunai kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’;
- Dikreditkan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq