SEMAKAN SARA ONLINE : (2025) SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sekali sahaja dalam sebulan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibayar kepada 5.4 juta penerima yang disahkan ‘Layak’ yang merupakan golongan Isi Rumah, Warga Emas dan juga golongan bujang yang memerlukan.
Bagaimanakah semakan SARA secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : EKASIH SARA : SEMAKAN
SEMAKAN KELAYAKAN SARA ONLINE
Kelayakan penerima Bantuan SARA boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI SARA ONLINE
Baki Bantuan SARA perlu disemak secara online melalui aplikasi mudah alih seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PEMBAYARAN SARA
Berikut merupakan cara pembayaran Bantuan SARA kepada penerima yang layak :
NEGERI PENERIMA | CARA BAYARAN SARA |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Dibayar secara tanpa tunai setiap bulan melalui kad pengenalan penerima |
Sabah dan Sarawak | Tidak lagi dibayar secara tunai dua kali setahun. Namun ianya dibayar secara tanpa tunai setiap bulan melalui kad pengenalan penerima |
KEGUNAAN SARA
Bantuan SARA yang dikreditkan setiap bulan dalam kad pengenalan adalah untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
JADUAL PEMBAYARAN SARA
Pembayaran Bantuan SARA adalah mengikut jadual berikut :
TARIKH PEMBAYARAN | PENERIMA SEDIA ADA (SETIAP BULAN) | PENERIMA BAHARU (SETIAP BULAN) |
---|---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) | ISI RUMAH : RM100 WARGA EMAS : RM100 BUJANG : RM50 | – |
01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | ISI RUMAH : RM200 WARGA EMAS : RM150 BUJANG : RM50 | ISI RUMAH : RM100 WARGA EMAS : RM50 BUJANG : – |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.