CARA SEMAK MYKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA

CARA SEMAK MYKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 kini memasuki bayaran bulan Jun dan telah mula disalurkan kepada penerima yang layak melalui MyKad untuk penerima mendapatkan barangan keperluan asas sepanjang bulan tersebut.

Bagaimanakah cara semak status kelayakan penerima bayaran mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK STATUS STR 2026 : KELAYAKAN FASA 3

SIAPAKAH LAYAK MYKASIH 2026

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

JUMLAH KREDIT BULANAN MYKASIH

Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200/bulan
(Januari – Mac)
RM100/bulan
(Januari – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulan
(Januari – Mac)
RM50/bulan
(Januari – Disember)
BujangRM100/bulan
(Januari – Disember)
RM50/bulan
(Januari – Disember)

CARA SEMAK STATUS MYKASIH

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh di semak seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. Status kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
  9. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Klik Status Kelayakan SARA.
  11. Status kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
  12. Selesai.

CARA GUNA KREDIT MYKASIH

Panduan cara menggunakan elaun MyKasih dalam MyKad :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH

Berikut merupakan 15 kategori barangan MyKasih yang diluluskan :

  • Beras – Jasmine, Jati, Faiza, Cap Rambutan, Super5
  • Roti – Gardenia, Massimo, Mighty White
  • Telur – CP, NutriPlus, QL Eggs
  • Minyak Masak – Saji, Alif, Buruh, Vesawit, Seri Murni
  • Tepung – Cap Sauh, Cap Lili, Blue Key, Cap Ros
  • Biskut – Munchy’s, Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng
  • Mi Segera – Maggi, Indomie, Cintan, Mamee, Mi Sedaap
  • Minuman – Milo, Dutch Lady, BOH, Nescafe, Horlicks, Marigold
  • Makanan Dalam Tin – Ayam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, Adabi
  • Bahan Perasa – Maggi, Jalen, Kimball, Tamin, Faiza
  • Produk Kebersihan Diri – Colgate, Dettol, Kotex
  • Ubat-Ubatan (OTC) – Panadol, Hurix’s, Strepsils, Difflam, Sterimar
  • Barangan Persekolahan – Faber-Castell, Staedtler, Stabilo, Bata
  • Barangan Kebersihan Rumah (Ditambah 2025) – Breeze, Daia, Dettol pencuci, sabun pencuci lantai
  • Makanan Sejuk Beku (Lokal) (Ditambah 2026) – Ayam beku, nugget, sayur beku, makanan laut beku

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

2 thoughts on “CARA SEMAK MYKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA”

Leave a Comment