SARA MYKASIH DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SARA MYKASIH DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Terdapat isu teknikal Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang sedang diperbaiki oleh pihak berwajib. Oleh itu, semua penerima boleh mula menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang dikreditkan dalam IC (kad pengenalan) bermula hari ini.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima SARA MyKasih dalam IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS SARA EKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH PENERIMAAN SARA MYKASIH DALAM IC 2025

Penerimaan Bantuan SARA MyKasih dalam IC yang terbaru adalah pada tarikh berikut :

  • Bermula 01 Julai 2025 (Selasa).

KADAR PENERIMAAN SARA MYKASIH DALAM IC 2025

Berikut merupakan kadar penerimaan SARA MyKasih dalam IC yang dikreditkan pada bulan Julai :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah (Status Miskin & Miskin Tegar) : RM200.
    • Isi Rumah (Status Asas Bukan Miskin) : RM100.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas (Status Miskin & Miskin Tegar) : RM150.
    • Warga Emas (Status Asas Bukan Miskin) : RM50.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang (Status Miskin & Miskin Tegar) : RM50.

CARA GUNA BANTUAN SARA MYKASIH DALAM IC

Bagi yang ‘Layak’ boleh menggunakan Bantuan SARA MyKasih dalam IC mengikut panduan berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya terdekat (rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli berdasarkan label SARA MyKasih pada rak tanda harga.
  3. Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Masukkan 6 digit nombor PIN IC mengikut yang anda telah tetapkan.
  6. Bayaran akan disahkan oleh juruwang dan resit bayaran akan diberikan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH DALAM IC 2025

Status kelayakan penerima SARA MyKasih hanya boleh disemak melalui Portal rasmi seperti di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
SARA MyKasihhttps://mykasih.com.my
  1. Layari pautan Portal Rasmi SARA MyKasih di atas.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH DALAM IC 2025

Penerima hanya boleh memilih barangan SARA MyKasih berikut untuk pembelian menggunakan IC :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  • Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  • Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  • Produk kebersihan rumah (Kategori baharu) : Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment