SEMAK STATUS EKASIH 2025 ONLINE : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Berbagai manfaat yang dapat diperoleh daripada pendaftaran eKasih, antaranya rakyat disahkan layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan daripada Kementerian dan agensi-agensi berkaitan dalam Program Pembasmian Kemiskinan.
Bagaimanakah semak status eKasih secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN SARA MYKASIH : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
JUMLAH BANTUAN EKASIH 2025
Bantuan MyKasih yang diberikan kepada penerima yang berdaftar dengan eKasih adalah sebanyak berikut :
- RM2,100 setahun kepada Isi Rumah;
- RM1,650 setahun kepada Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- RM600 setahun kepada Bujang.
Berikut pula jumlah Bantuan MyKasih yang diberikan kepada penerima yang tidak berdaftar dengan eKasih :
- RM900 setahun kepada Isi Rumah; dan
- RM450 setahun kepada Warga Emas Tiada Pasangan.
SYARAT LAYAK EKASIH 2025
Antara syarat-syarat kelayakan eKasih adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR);
- Pendapatan isi rumah bawah garis kemiskinan semasa (berbeza setiap negeri).
SEMAK STATUS EKASIH 2025 ONLINE
Ketahui status pendaftaran eKasih melalui semakan secara online seperti berikut :
- Layari laman web rasmi eKasih di sini : https://ekasih2.icu.gov.my.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, masukkan kod kaptcha yang diberikan dengan betul.
- Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status kelayakan pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK STATUS MYKASIH 2025 ONLINE
Kemudian, ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih seperti berikut :
- Layari laman web rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ekasih2.icu.gov.my.