SEMAKAN EKASIH TERKINI 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Rekod data eKasih yang terkini mengandungi lebih 700,000 ribu rakyat yang tersenarai ‘Layak’ untuk menikmati pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh Kerajaan, Kementerian, agensi dan sebagainya yang memberi bantuan dari semasa ke semasa dalam program pembasmian kemiskinan.
Bagaimanakah semakan eKasih terkini? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYAR DUIT STR (FASA 3 2025) : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
PENGENALAN EKASIH 2025
Kerajaan telah memperkenalkan eKasih sebagai Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan.
KADAR BANTUAN EKASIH TERKINI 2025
Terdapat banyak bantuan yang disalurkan kepada penerima yang berdaftar dengan eKasih, antaranya Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang disalurkan dengan kadar seperti berikut :
KADAR BANTUAN SARA (DAFTAR EKASIH) | KADAR BANTUAN SARA (BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 setahun | Isi Rumah : RM900 setahun |
Warga Emas : RM1,650 setahun | Warga Emas : RM450 setahun |
Bujang : RM600 setahun | Bujang : – |
SYARAT KELAYAKAN EKASIH TERKINI 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan eKasih yang terkini :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);
- Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa (berbeza setiap negeri).
SEMAKAN EKASIH TERKINI 2025
Cara semakan status pendaftaran eKasih :
- Layari laman web rasmi eKasih di sini: https://ekasih2.icu.gov.my.
- Halaman utama eKasih akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, masukkan kod kaptcha yang diberikan dengan betul.
- Kemudian, tekan pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara semakan status kelayakan penerima SARA eKasih :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.