SEMAKAN RAYUAN MATRIKULASI 2025 : SEMAK STATUS KEPUTUSAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN RAYUAN MATRIKULASI 2025 : SEMAK STATUS KEPUTUSAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Keputusan rayuan kemasukan ke program matrikulasi bagi sesi 2025/2026 untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini boleh disemak secara dalam talian bagi mengetahui status permohonan sama ada berjaya atau tidak.

Bagaimanakah semakan keputusan rayuan matrikulasi 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

TARIKH KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI 2025

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang membuat rayuan bagi kemasukan matrikulasi sesi 2025/2026 kini boleh membuat semakan keputusan rayuan kemasukan ambilan kedua secara dalam talian bermula 10.00 pagi pada 30 JUN 2025 (ISNIN) hingga 5 JULAI 2025 (SABTU).

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI 2025 SECARA ONLINE

Status keputusan rayuan Matarikulasi, boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Sila layari laman web rasmi Matrikulasi di sini : https://matrikulasi.moe.gov.my/
  2. Bahagian utama halaman akan dipaparkan.
  3. Kemudian, pilih menu semakan.
  4. Klik pada [Semakan Keputusan Penempatan].
  5. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah.
  6. Klik pada butang [Masuk].
  7. Status keputusan akan dipaparkan.
  8. Selesai.
RAYUAN PERMOHONAN MATRIKULASI

TINDAKAN PERLU DILAKUKAN JIKA LAYAK RAYUAN MATRIKULASI

Jika calon disahkan layak, tindakan segera perlu dilakukan pelajar berminat menyambung pengajian ke Program Matrikulasi seperti berikut:

  1. Klik [Setuju Terima] mulai 30 JUN 2025 hingga 5 JULAI 2025
  2. Kemudian,Daftar secara dalam talian seperti dalam surat tawaran masing-masing.
  3. Daftar secara fizikal pada 6 JULAI 2025 dan 7 JULAI 2025 di kolej matrikulasi yang telah ditetapkan.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran seperti:
    • Surat tawaran kemasukan;
    • Panduan pendaftaran pelajar;
    • Maklumat peribadi pelajar;
    • Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar;
    • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah; dan
    • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

SENARAI JURUSAN MATRIKULASI 2025

Senarai jurusan yang ditawarkan dalam pengajian di Kolej Matrikulasi adalah seperti berikut:

  • Jurusan Sains;
  • Jurusan Kejuruteraan;
  • Jurusan Perakaunan & Perakaunan Profesional;
  • Jurusan Sains Komputer

KADAR YURAN KEMASUKAN MATRIKULASI 2025

Perincian kadar yuran bagi pengajian Matrikulasi adalah seperti berikut:

JENIS JURUSANYURAN PENGAJIAN
DUA SEMESTER
YURAN PENGAJIAN
EMPAT SEMESTER
SainsRM599Semester I : RM599
Semester II : RM284
KejuruteraanRM599
PerakaunanRM546
Perakaunan Profesional
(JPPro)**
RM546

Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Bayaran tambahan untuk JPPro : Semester I RM600.00 (untuk pembelian buku) dan Semester II bagi setiap kertas ACCA akan ditanggung oleh pelajar mengikut kadar semasa.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/semakan-keputusan-rayuan-kemasukan-ke-program-matrikulasi-ambilan-kedua-sesi-2025/2026

Leave a Comment