SEMAKAN STATUS STR : FASA 1 2026 BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN STATUS STR : FASA 1 2026 BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) telah mengesahkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula 20 Januari depan. Dalam satu kenyataan rasmi, sebanyak RM1.1 bilion telah diperuntukkan bagi fasa ini, yang bakal memanfaatkan 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas tiada pasangan di seluruh negara. Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi Kerajaan MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat secara lebih berkesan melalui bantuan tunai langsung yang tepat sasaran.

Bagi tahun 2026, kerajaan telah menyusun semula pemberian STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bersepadu bagi memastikan sokongan kebajikan yang lebih stabil. Di bawah penambahbaikan ini, peruntukan keseluruhan STR dan SARA mencecah RM15 bilion, iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan. Menariknya, lebih lapan juta rakyat kini layak menerima bantuan SARA secara bulanan, termasuk 400,000 individu daripada kategori miskin dan miskin tegar eKasih, bagi memastikan keperluan asas rakyat sentiasa dipenuhi secara berterusan sepanjang tahun.

Selaras dengan usaha meminimumkan risiko keciciran, MOF menegaskan bahawa permohonan baharu dan proses rayuan STR kini dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi. Setiap permohonan akan melalui proses verifikasi ketat dengan pelbagai agensi kerajaan bagi mengesahkan had pendapatan serta rekod pemilikan aset seperti kenderaan dan kediaman. Namun, timbul persoalan penting dalam kalangan pemohon.

Bagaimanakah semakan status STR? Ikuti panduan lengkap dan langkah-langkah semakan di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN STR 2026 : FASA 1 SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN

SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026

Untuk kelayakan menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 mestilah memenuhi syarat seperti berikut:

KategoriSyarat Kelayakan
Isi Rumah (STR & SARA)– Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia;
– Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
– Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; atau
– Pendapatan kasar bulanan RM2,501 hingga RM5,000.
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
Bujang (SARA)– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta
– Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS STR 2026

Berikut merupakan panduan semakan status bantuan STR 2026 secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Laman Portal MySTR 2026 akan dipaparkan.
  3. Pada paparan tersebut, klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  6. Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
  7. Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
  8. Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
  9. Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
  10. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Terus klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status permohonan akan dipaparkan.
  13. Selesai.

LUPA KATA LALUAN STR

Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:

  1. Untuk mendapatkan kembali kata laluan/ password log masuk Portal Rasmi MySTR 2026 yang terlupa atau hilang, sila tekan pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/TerlupaKataLaluan
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  3. Kemudian, klik [Semak].
  4. Sila masukkan Alamat e-Mail yang berdaftar.
  5. Seterusnya, tekan butang [Hantar].
  6. Sila semak e-Mail untuk kata laluan baru.
  7. Anda akan menerima e-Mail : makluman penukaran Kata Laluan ID Sumbagan Tunai Rahmah 2026.
  8. Dalam e-Mail tersebut akan dipaparkan maklumat ID Sumbangan Tunai Rahmah anda.
    • ID Pengguna : No MyKad anda.
    • Kata Laluan Sementara : Semak e-Mail anda.
  9. Sila login Portal MySTR menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  10. Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
  11. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  12. Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
  13. Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
  14. Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
  15. Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
  16. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  17. Terus klik butang [Semakan Permohonan].
  18. Status permohonan akan dipaparkan.
  19. Selesai.

CARA PENGKREDITAN STR 2026

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah akan disalurkan mengikut kaedah seperti berikut:

Kategori PenerimaKaedah Pengkreditan
Penerima mempunyai akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

SEMAKAN KADAR BANTUAN STR 2026

Berikut merupakan jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut kategori penerima bagi sepanjang tahun 2026:

  • Kategori Isi Rumah:
Kategori PenerimaKadar Bantuan STR 2026
(Setahun)

Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah

Tiada Anak : RM 700
1 hingga 2 Anak : RM 1,200
3 hingga 4 Anak : RM 1,700
5 Anak dan Ke atas: RM 2,200
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM 450
3 hingga 4 Anak : RM 700
5 Anak dan Ke atas: RM 950
  • Warga Emas Tiada Pasangan:
Kategori PenerimaKadar Bantuan STR 2026
(Setahun)
Warga Emas Tiada pasanganRM600
  • Kategori Bujang:
Kadar Bantuan STR 2026
Pembayaran melalui kaedah SARA

JADUAL BAYARAN STR 2026

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dilaksanakan secara berfasa mengikut jadual berikut:

FasaTarikh Bayaran STR 2026
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 2Belum diumumkan
Fasa 3
Fasa 4
*Info Penting: Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

  1. Berapakah jumlah bayaran maksimum untuk STR Fasa 1 2026?
    • Penerima yang layak akan menerima antara RM100 sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
  2. Adakah bantuan SARA 2026 diberikan secara sekaligus (one-off)?
    • Ya. Terdapat SARA 2026 yang akan diberikan secara sekaligus kepada seluruh rakyat Malaysia pada 9 Februari 2026 sempena musim perayaan.
  3. Bolehkah saya memohon STR jika saya mempunyai perniagaan sendiri?
    • Boleh, namun setiap permohonan akan melalui verifikasi merangkumi semakan pemilikan perniagaan, kenderaan, dan kediaman bagi mengesahkan kelayakan.
  4. Adakah tempoh permohonan STR 2026 mempunyai tarikh tutup?
    • Tidak. Permohonan baharu dan rayuan kini dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi bagi mengurangkan risiko keciciran.
  5. Bagaimanakah cara MOF menghubungi penerima untuk urusan maklumat peribadi? MOF tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp. Sebarang maklumat rasmi hanya melalui portal rasmi MySTR.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sangat sarankan kepada anda untuk kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di: chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/RISALAH%20STR%202026.pdf

Leave a Comment