SEMAKAN STATUS PLKN 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS PLKN 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilaksanakan semula bagi menerapkan nilai-nilai murni dan semangat kenegaraan kepada golongan belia yang dilihat kini semakin berkurang. Justeru itu, golongan belia yang terpilih perlu menjalani latihan dengan modul dan konsep yang baharu.

Bagaimanakah semakan status PLKN? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : LINK SEMAKAN UPU : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN KELAYAKAN SEKARANG

TEMPOH LATIHAN PLKN 2025

Tempoh latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dikurangkan daripada tiga (3) bulan, kini peserta dan pelatih hanya perlu menjalani latihan selama empat puluh lima (45) hari sahaja pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

JADUAL LATIHAN DAN PENEMPATAN PLKN 2025

Peserta dan pelatih terpilih perlu menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3 / 2025 mengikut jadual berikut :

TARIKH LATIHANLOKASI PENEMPATAN
07 September 2025
sehingga
21 Oktober 2025
Kem Askar Wataniah (AW) Rejimen 515, Kuala Lumpur
dan
Kem Askar Wataniah (AW) Rejimen 505, Pekan, Pahang

TARIKH DAN MASA SEMAKAN STATUS PLKN 2025

Nama peserta dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3/2025 boleh disemak bermula :

TARIKHMASA SEMAKAN
17 JUN 2025 (SELASA)Bermula 10:00 pagi

SEMAKAN STATUS PLKN 2025

Rujuk panduan semakan status Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti berikut :

  1. Imbas kod QR yang tertera di atas; atau Layari Portal Rasmi Semakan PLKN di sini : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Halaman Semakan PLKN akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”.
  5. Kemudian, klik butang [Semak].
  6. Status kelayakan PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar :
    • “Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0”.
  8. Selesai.

SEMAKAN SENARAI NAMA PLKN 2025

Semak senarai nama pelatih PLKN siri 3/2025 di pautan berikut :

MODUL LATIHAN PLKN 2025

Antara modul latihan yang akan diterapkan adalah seperti berikut :

  • Modul Fizikal : melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
  • Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak : meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
  • Elemen Khidmat Masyarakat : meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my.

Leave a Comment