SEMAK KEPUTUSAN UPU 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAK KEPUTUSAN UPU 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan permohonan Kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA BPT, boleh mula menyemak keputusan permohonan UPU secara online (atas talian).

Bagaimanakah semak keputusan UPU? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CEK MYKASIH ONLINE : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2025

Keputusan UPU boleh disemak pada tarikh :

TARIKH MULA SEMAKANTARIKH AKHIR SEMAKAN
16 Jun 2025 (Jam 12.00 tengah hari)25 Jun 2025 (Jam 5.00 petang)

PAUTAN SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2025

Semakan boleh dilakukan melalui pautan-pautan berikut :

SEMAK KEPUTUSAN UPU 2025

Ikuti panduan semakan keputusan UPU seperti berikut :

  1. Pilih salah satu (1) pautan semakan di atas.
  2. Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Masuk].
  5. Keputusan ‘Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan.
  6. Selesai.

PENGESAHAN TAWARAN UPU 2025

Calon yang layak menerima tawaran daripada mana-mana Universiti Awam (UA), perlu membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’ sebelum pada 25 Jun 2025 dan keputusan adalah Muktamad. Namun, sekiranya calon tidak mengesahkan ‘Setuju’, calon akan dianggap menolak tawaran.

Surat Tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan MARA BPT kepada calon yang berjaya bermula 17 Jun 2025, selepas calon membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh yang ditetapkan.

*Nota : Sebarang permohonan pertukaran program pengajian IPTA / MARA BPT adalah tidak dibenarkan dan dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian.

PERMOHONAN RAYUAN UPU 2025

Bagi pemohon yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukkan ke Univerisiti Awam (UA) dan politeknik melalui pautan : https://upu.mohe.gov.my.

Untuk permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, caon perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi terbabit tanpa melalui UPUOnline.

*Nota : Permohonan rayuan perlu dikemukakan dalam tempoh 10 hari bermula 16 Jun 2025 (Jam 12 tengah hari) sehingga 25 Jun 2025 (Jam 5.00 petang) sahaja.

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU (UPU POCKET)

Selain daripada semakan UPUOnline melalui pautan-pautan di atas, semakan boleh dilakukan melalui aplikasi UPU Pocket seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi UPU Pocket dalam Play Store atau App Store.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Pilih menu [Semakan Keputusan Permohonan UPU].
  4. Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
  6. Keputusan permohonan UPU akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.

Leave a Comment