BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAK 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 diperluaskan kepada 5.4 juta penerima, termasuk mereka yang tidak tersenarai dalam rekod eKasih, bagi membantu memenuhi keperluan asas golongan yang layak.
Bagaimanakah semak status layak atau tidak bantuan asas rahmah 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SARA 2025 LOGIN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
SIAPAKAH LAYAK BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
JUMLAH KREDIT BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan dalam MyKad seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH
Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Di Portal SARA:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
MANFAAT KREDIT BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad penerima secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 adalah untuk penerima membuat pembelian 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad (IC).
CONTOH KATEGORI BARANG ASAS BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara