SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Daripada hanya seramai 700,000 ribu penerima, kini penerima Bantuan MyKasih SARA yang layak direkodkan seramai 5.4 juta individu yang merangkumi golongan isi rumah, warga emas serta bujang seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN MYKASIH SARA : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

PENERIMA STATUS LAYAK MYKASIH SARA 2025

Berikut merupakan jumlah penerima MyKasih SARA pada setiap tahun :

  • 2023 :
    • 200,000 ribu penerima status Miskin Tegar.
  • 2024 :
    • 700,000 ribu penerima status Miskin dan Miskin Tegar.
  • 2025 :
    • 5.4 juta penerima status Miskin, Miskin Tegar dan Bukan Miskin.

NILAI BANTUAN MYKASIH SARA DIBAYAR IKUT STATUS 2025

Bantuan MyKasih SARA mengikut status penerima seperti berikut :

KELAYAKAN STATUS PENERIMANILAI BAYARAN
BANTUAN MYKASIH SARA
Penerima Miskin TegarIsi Rumah : RM2,100/setahun
Warga Emas : RM1,650/setahun
Bujang : RM600/setahun
Penerima MiskinIsi Rumah : RM2,100/setahun
Warga Emas : RM1,650/setahun
Bujang : RM600/setahun
Penerima Bukan MiskinIsi Rumah : RM900/setahun
Warga Emas : RM450/setahun
Bujang : –

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025

Status kelayakan penerima MyKasih SARA boleh disemak melalui dua (2) Portal Rasmi seperti berikut :

  • Portal rasmi MyKasih; atau
  • Portal rasmi STR.

ikuti kedua-dua cara semakan status kelayakan penerima seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

JADUAL BAYARAN MYKASIH SARA 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih SARA adalah mengikut jadual berikut :

BAYARAN SESI 1BAYARAN SESI 2
15 Januari 2025
sehingga
1 Mac 2025
(Dibayar kepada penerima
Miskin dan Miskin Tegar)
1 April 2025
sehingga
1 Disember 2025
(Dibayar kepada penerima
Miskin, Miskin Tegar dan Bukan Miskin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment