BANTUAN MYKAD MYKASIH RM2100 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BANTUAN MYKAD MYKASIH RM2100 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Demi memudahkan rakyat untuk menerima dan menggunakan bantuan, Kerajaan MADANI komited untuk menggunakan kaedah penyaluran melalui medium tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad (kad pengenalan) penerima pada setiap bulan, termasuk bantuan yang dikreditkan sehingga RM2,100.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima Bantuan MyKad MyKasih RM2100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYKASIH SARA

SYARAT PENERIMA BANTUAN MYKAD MYKASIH RM2100 2025

Bantuan MyKasih yang berjumlah RM2,100 diberikan khas kepada penerima yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR);
  • Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD MYKASIH RM2100 2025

Pengkreditan Bantuan MyKasih yang berjumlah RM2,100 dalam MyKad penerima adalah secara ansur setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :

BIL.TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
(RM)
1.15 Januari 2025RM100
2.01 Februari 2025RM100
3.01 Mac 2025RM100
4.01 April 2025RM200
5.01 Mei 2025RM200
6.01 Jun 2025RM200
7.01 Julai 2025RM200
8.01 Ogos 2025RM200
9.01 September 2025RM200
10.01 Oktober 2025RM200
11.01 November 2025RM200
12.01 Disember 2025RM200
= RM2,100
*Nota : Sekiranya penerima tidak menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad pada bulan sebelum ini, bantuan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama baki bulan semasa sehingga 31 Disember 2025.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MYKASIH RM2100 2025

Kelayakan penerima Bantuan MyKad MyKasih hanya boleh disemak melalui pautan Portal Rasmi MyKad seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
MyKasihhttps://mykasih.com.my
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian semakan kelayakan akan dipaparkan.
  5. Isikan ruangan [Nombor MyKad*] dengan nombor kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa sengkang (-) contoh : 890230113456.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  8. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  9. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SEMAK BAKI BANTUAN MYKAD MYKASIH RM2100 2025

Oleh kerana Bantuan MyKasih dikreditkan menerusi MyKad, baki yang ada dalam MyKad hanya boleh disemak secara atas talian (online) melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment