MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Pendekatan kerajaan menyasarkan semula subsidi dapat membuahkan hasil, dan sebahagian daripada hasil dapat disalurkan kepada rakyat yang memerlukan melalui bantuan-bantuan yang disediakan termasuk Bantuan MyKasih Sara.
Bagaimanakah semakan status kelayakan MyKasih Sara? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH STR : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
PENGENALAN MYKASIH SARA 2025
MyKasih Sara adalah sebuah bantuan tambahan bersasar yang disalurkan secara berperingkat pada setiap bulan bagi membantu memenuhi keperluan asas rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan.
Rakyat yang disahkan ‘Layak’ akan menerima Bantuan MyKasih Sara melalui kad pengenalan (KP) dan perlu menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta barang sekolah anak.
BILANGAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025
Setiap tahun, Bantuan MyKasih Sara diperluaskan kepada lebih ramai penerima yang layak. Berikut merupakan rekod bilangan penerima yang layak :
TAHUN PELAKSANAAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
2023 | 0.2 juta (Penerima Miskin Tegar) |
2024 | 0.5 juta (Penerima Miskin & Miskin Tegar) |
2025 | 5.4 juta (Penerima Miskin, Miskin Tegar & Asas Bukan Miskin) |
KADAR BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Bantuan MyKasih Sara dibayar kepada setiap kategori penerima dengan kadar yang berbeza seperti berikut :
KADAR BAYARAN KEPADA PENERIMA STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | KADAR BAYARAN KEPADA PENERIMA STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
ISI RUMAH : RM2,100/setahun | ISI RUMAH : RM900/setahun |
WARGA EMAS : RM1,650/setahun | WARGA EMAS : RM450/setahun |
BUJANG : RM600/setahun | BUJANG : – |
JADUAL PELAKSANAAN MYKASIH SARA 2025
Pelaksanaan bayaran Bantuan MyKasih Sara adalah setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :
PELAKSANAAN BAYARAN MYKASIH SARA | PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
SESI 1 (15 Januari 2025 hingga 1 Mac 2025) | Isi Rumah : RM100/sebulan Warga Emas : RM100/sebulan Bujang : RM50/sebulan | – |
SESI 2 (1 April 2025 hingga 1 Disember 2025) | Isi Rumah : RM200/sebulan Warga Emas : RM150/sebulan Bujang : RM50/sebulan | Isi Rumah : RM100/sebulan Warga Emas : RM50/sebulan Bujang : – |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025
Untuk semakan status kelayakan MyKasih Sara, ikuti panduan seperti berikut :
- Pautan Laman Web Rasmi MyKasih Sara : https://mykasih.com.my.
- Sila layari laman web rasmi MyKasih Sara pada pautan di atas.
- Halaman utama MyKasih Sara akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan* pada ruangan yang disediakan tanpa sempang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.