CHECK STATUS BANTUAN EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CHECK STATUS BANTUAN EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang berstatus eKasih layak menerima bantuan sehingga RM2,100 setahun untuk pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimanakah check status bantuan ekasih 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SYUKUR 2025 TARIKH BAYAR (FASA 2) : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

Individu yang berdaftar sistem e Kasih hendaklah terlebih dahulu memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kerana pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada individu secara automatik jika lulus STR.

CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA EKASIH 2025 ONLINE

Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  4. Kemudian, Klik [Semak Status]
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

CHECK JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

  • Penerima Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BAYARAN (RM)
Isi RumahRM 2,100 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM 1,650 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600 Setahun
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Penerima Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BAYARAN (RM)
Isi RumahRM 900 Setahun
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM 450 Setahun
RM50/bulan (bermula April – Disember)

CARA GUNA KREDIT BANTUAN SARA EKASIH 2025

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasar raya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih
  4. Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

CHECK KATEGORI BARANG ASAS BANTUAN SARA EKASIH 2025

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment