SYUKUR 2025 TARIKH BAYAR (FASA 2) : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYUKUR 2025 TARIKH BAYAR (FASA 2) : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Inisiatif bantuan tunai bulanan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) diperkenalkan untuk membantu rakyat Negeri Sabah yang tersenarai sebagai miskin eKasih, melibatkan hampir 100,000 penerima.

Bilakah tarikh bayar syukur sabah 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SYUKUR 2025 TARIKH PEMBAYARAN FASA 2 : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SIAPAKAH LAYAK SYUKUR SABAH 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) mestilah terdiri daripada :

  1. Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
    • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
    • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  3. Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

TARIKH BILA BAYAR SYUKUR SABAH 2025

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) adalah seperti berikut:

FASATEMPOH BAYARAN
Pertama (1)Bermula
Januari – Mac 2025
Kedua (2)Bermula
April – Jun 2025
Ketiga (3)Bermula
Julai – September 2025
Keempat (4)Bermula
Oktober – Disember 2025

JUMLAH SYUKUR SABAH 2025 DI BAYAR

Kadar Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) adalah seperti berikut:

FASAJUMLAH BANTUAN (RM)
Pertama (1) RM 900
Kedua (2) RM 900
Ketiga (3) RM 900
Keempat (4)RM 900

Jumlah pembayaran adalah secara berfasa dimana setiap fasa akan dibayar secara lump-sum (sekaligus) bagi tempoh tiga (3) bulan serentak menjadikan amaun bayaran adalah sebanyak RM900.

SEMAKAN STATUS SYUKUR 2025 LULUS ATAU TIDAK SECARA ONLINE

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi semakan kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) : https://sukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
  3. Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan
  5. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  6. ⁠Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
  7. Selesai.

CARA BANTUAN SYUKUR SABAH 2025 DI BAYAR

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) akan disalurkan seperti berikut:

  • Penerima yang Mempunyai Bank Akaun
    Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
  • Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’
    Bantuan akan diberikan secara tunai; atau
  • Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp
    Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment