KAD PEKERJA MADANI UNTUK SIAPA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Inisiatif baharu diperkenalkan oleh Kerajaan khusus untuk ahli kesatuan sekerja di seluruh negara iaitu Kad Pekerja MADANI yang membolehkan pemegang kad menikmati pelbagai kemudahan dan diskaun barangan dan perkhidmatan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan untuk kad pekerja madani 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH 2025 DALAM MYKAD SEMAK STATUS : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM900 & RM2100 & RM600)
APA ITU KAD PEKERJA MADANI
Kad Pekerja MADANI merupakan Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja menikmati pelbagai diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat terlibat bagi barangan keperluan dan perkhidmatan menggunakan kad tersebut.
SYARAT KELAYAKAN KAD PEKERJA MADANI
Syarat Kelayakan Bantuan Kad Pekerja Madani mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia; DAN
- Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut;
KELEBIHAN KAD PEKERJA MADANI
Manfaat yang bakal diterima oleh pemilik Kad Pekerja Madani adalah seperti berikut:
- Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama popular seperti :
AEON / Mydin / Jakel / Giant / Lotus’s / Marrybrown / Zus Coffee / Old Town White Coffee / SOCAR / Bateriku. - Diskaun istimewa untuk servis kenderaan, barangan asas, perkhidmatan harian, serta akses kepada promosi acara dan perkhidmatan peribadi.
- Peluang menyertai program latihan dan kemahiran yang ditawarkan secara bersubsidi.
- Bantuan kebajikan dan keselamatan sosial termasuk bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan.
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK KAD PEKERJA MADANI 2025
Panduan lengkap semakan status permohonan Bantuan Kad Pekerja Madani 2025 secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI: https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan, kemudian tekan [Log Masuk].
- Klik pada [Ahli Kesatuan – Kad Pekerja MADANI].
- Pilih Jenis Kad Pengenalan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan mengikut Jenis Kad Pengenalan yang dipilih.
- Kemudian masukkan [Kata Laluan] mengikut Kata Laluan yang didaftarkan.
- Tanda [/] pada ruangan kotak [Ingati Saya].
- Tekan [Log Masuk].
- Klik [Semak Status].
- Sekiranya permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima Kad Digital dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas Kod QR atau menunjukkan Kad Digital.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Kad Pekerja MADANI, anda boleh terus rujuk Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI di bawah ini.
- https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/#faq