CHECK PLKN 2026 : SEMAK ONLINE LAYAK ATAU TIDAK SIRI 2
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2026 kini membuka semakan kepada calon bagi mengetahui sama ada mereka layak atau tidak menyertai Siri 2/2026. Melalui sistem rasmi ePLKN 3.0, calon boleh membuat semakan secara online dengan mudah bagi mendapatkan status kelayakan serta maklumat berkaitan tawaran latihan.
Bagi pengambilan Siri 2/2026, calon yang terpilih akan mengikuti latihan selama kira-kira 45 hari yang dijadualkan berlangsung sekitar April hingga Jun 2026. Oleh itu, semakan awal amat penting bagi membolehkan pelatih membuat pengesahan penyertaan serta mengetahui lokasi penempatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
Sehubungan itu, semua calon yang layak disarankan untuk membuat semakan secepat mungkin bagi memastikan tidak terlepas sebarang maklumat penting berkaitan penyertaan PLKN 2026.
Bagaimanakah cara check PLKN 2026 secara online untuk mengetahui layak atau tidak bagi Siri 2? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : JPJ LESEN PERCUMA 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MODUL LATIHAN PLKN 3.0
Pembaharuan modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah merangkumi tiga (3) aspek utama, iaitu:
- Modul Fizikal :
- Melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak :
- Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat :
- Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya
CHECK TARIKH DAN LOKASI LATIHAN PLKN SIRI 2 2026
Berikut merupakan tarikh serta lokasi latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2/2026:
- Sesi 2/2026:
- Tarikh : 25 April 2026 – 08 Jun 2026
- Lokasi : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
CHECK PLKN
Untuk check status sama ada layak atau tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2 / 2026, berikut adalah langkahnya:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 28 Februari 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
Pelatih juga boleh merujuk panduan manual yang disediakan untuk pengesahan kehadiran: https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf.
TARIKH CHECK PLKN SIRI 2 2026
Para calon simpanan boleh check tawaran PLKN 3.0 bagi Siri 2 / 2026 pada tarikh berikut:
| TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP |
|---|---|
| 20 Februari 2026 (Jumaat) 5.00 Petang | 28 Februari 2026 (Sabtu) |
CALON SIMPANAN PLKN 2026
Calon simpanan merupakan senarai menunggu yang telah dimaklumkan awal ke peringkat sekolah. Kepada yang terpilih dalam kategori ini perlu membuat semakan semula pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya anda terpilih sebagai ‘calon simpanan’ bagi daftar kelahiran 2008, inilah perkara yang anda perlu tahu:
- Tahun 2026 , PLKN 3.0 akan melaksanakan 4 siri latihan seperti ketetapan berikut:
- A. Siri 1/2026: 17 Jan – 2 Mac 2026
- B. Siri 2/2026: 25 Apr – 8 Jun 2026
- C. Siri 3/2026: 11 Jul – 24 Ogos 2026
- D. Siri 4/2026: 3 Okt – 16 Nov 2026
- Jika tidak terpilih pada siri awal, sila semak semula pada siri akan datang (siri 3 & 4/2026) selewatnya 2-3 minggu selepas pengumuman rasmi dari JLKN atau sebelum siri latihan berikutnya bermula.
- Tempoh calon simpanan tertakluk dalam tempoh setahun bagi tahun 2026 .
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian PLKN: 03-40133613 / 03-40133618
- e-Mel: [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan program yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang informasi terkini.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my.