BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi penerima yang berdaftar di bawah eKasih ditingkatkan sehingga RM200 sebulan bermula April 2025.

Bagaimanakah semakan status bantuan mykasih mykad rm200? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: REGISTER LESEN MEMANDU PERCUMA : SESI TERKINI 2025 PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR SECARA ONLINE SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

AMAUN BULANAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan (bermula April – Disember)

KEGUNAAN KREDIT PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH MYKAD

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima elaun bulanan sebanyak RM200 / RM150 / RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad (IC) untuk membeli 14 Kategori produk barangan keperluan asas yang diluluskan di pasaraya / kedai yang terpilih dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melaui MyKad (IC).

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025 ONLINE

Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  4. Kemudian, Klik [Semak Status]
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status]
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul
  5. Klik [Semakan Status]
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai

CARA GUNA KREDIT BANTUAN MYKASIH

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima membuat pembelian barang asas menggunakan MyKad seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  2. Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  3. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad.
  4. Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

1 thought on “BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment