SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Status kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih telah disahkan dan berdasarkan rekod, penerima yang layak adalah seramai kira-kira 5.4 juta individu yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40).
Bagaimanakah semakan status kelayakan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN SARA MYKASIH 2025
SARA MyKasih atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan tambahan bersasar yang disalurkan untuk membantu menampung rakyat dewasa di Malaysia memenuhi keperluan asas setiap bulan.
Mana-mana penerima yang telah disahkan layak menerima Bantuan SARA MyKasih akan menerima bayaran melalui kad pengenalan diri (IC) setiap bulan dan boleh membuat pembelian barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta peralatan sekolah.
JUMLAH BAYARAN SARA MYKASIH MENGIKUT STATUS KELAYAKAN 2025
Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA MyKasih yang berbeza mengikut status kelayakan seperti berikut :
- Pembayaran kepada penerima berstatus Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM900/setahun; dan
- Warga Emas : RM450/setahun.
- Pembayaran kepada penerima berstatus Miskin & Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM2,100/setahun;
- Warga Emas : RM1,650/setahun; dan
- Bujang : RM600/setahun.
JADUAL BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih adalah secara ansur setiap bulan mengikut jadual berikut :
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH (STATUS ASAS BUKAN MISKIN) | TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH (STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR) |
---|---|
Dibayar setiap bulan selama tempoh 9 bulan | Dibayar setiap bulan selama tempoh 12 bulan |
01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025
Ketahui status kelayakan anda sama ada layak atau tidak menerima bayaran Bantuan SARA MyKasih melalui semakan di pautan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
BILANGAN PENERIMA SARA MYKASIH MELEPASI STATUS KELAYAKAN 2025
Bantuan SARA MyKasih hanya diberikan kepada rakyat dewasa di Malaysia yang disahkan layak seramai berikut :
STATUS KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Miskin & Miskin Tegar | 0.7 juta penerima (Isi Rumah, Warga Emas & Bujang) |
Asas Bukan Miskin | 4.7 juta penerima (Isi Rumah & Warga Emas) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.