SEMAKAN ONLINE MYKASIH SARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN ONLINE MYKASIH SARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Terkini! Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini memperluas pembelian barangan asas kepada 14 kategori barangan, termasuk produk kebersihan untuk penerima membuat pembelian menggunakan MyKad.

Bagaimanakah semakan online status kelayakan penerima mykasih sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA

Semakan MyKasih boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Penerima Sedia Ada
    • Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  2. Penerima Baharu
    • Bukan penerima eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan;

SEMAKAN JUMLAH BULANAN KREDIT MYKASIH SARA 2025

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan ke MyKad penerima seperti berikut:

  • Penerima Sedia Ada
PENERIMA SEDIA ADA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Penerima Baharu
PENERIMA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAKAN BAKI KREDIT MYKASIH SARA

Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment