SEMAKAN STATUS SARA 2025 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Manfaat daripada penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan kos perbelanjaan barangan keperluan asas rakyat terutamanya bagi rakyat kurang berkemampuan. Oleh itu, kerajaan meneruskan lagi pemberian Bantuan SARA.
Bagaimanakah semakan status SARA kelayakan sama ada layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKAD : SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)
APA ITU BANTUAN SARA
SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan tambahan kepada sebahagian penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) khas hanya untuk memenuhi keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta barang sekolah anak.
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan dengan cara yang unik iaitu secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima setiap bulan. Sekiranya penerima tidak menggunakan bantuan pada bulan semasa, baki akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga penghujung Disember.
JUMLAH PENERIMA STATUS LAYAK SARA 2025
Terdapat pertambahan jumlah penerima yang layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini, iaitu seramai 5.4 juta berbanding tahun lalu hanya diberikan kepada seramai 700,000 ribu sahaja.
Seramai 5.4 juta penerima yang berstatus layak adalah melibatkan golongan miskin, miskin tegar dan juga asas bukan miskin yang merangkumi kategori isi rumah, warga emas serta kategori bujang.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA SARA 2025
Terdapat dua (2) kriteria kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025, iaitu :
- SARA e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN STATUS SARA 2025 KELAYAKAN
Semak status kelayakan anda sama ada layak atau tidak terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BAYARAN BANTUAN SARA 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebanyak kadar berikut :
PENERIMA BAYARAN SARA E-KASIH | PENERIMA BAYARAN SARA BUKAN E-KASIH |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 setahun | Isi Rumah : RM900 setahun |
Warga Emas : RM1,650 setahun | Warga Emas : RM450 setahun |
Bujang : RM600 setahun | Bujang : Tiada |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukanlah dibayar sekaligus setahun. Namun, ianya dibayar secara ansur setiap bulan mengikut tarikh berikut :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Semak kelayakan