SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)
Bagi mengelakkan berlaku sebarang ketirisan, bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat secara tanpa tunai menerusi MyKad (kad pengenalan) khas kepada rakyat dewasa Malaysia yang menenuhi kelayakan sahaja.
Bagaimanakah semakan kelayakan Bantuan MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
SISTEM KREDIT BANTUAN MYKAD 2025
Pengkreditan Bantuan MyKad adalah melalui sistem berikut :
- Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor MyKad penerima dalam sistem yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran tanpa tunai di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.
JUMLAH BANTUAN MYKAD MENGIKUT KELAYAKAN
Jumlah Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad adalah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
- PENERIMA KELAYAKAN STR & E-KASIH :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT SETIAP BULAN | JUMLAH KREDIT SETAHUN |
---|---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | RM100 / RM200 | RM2,100 |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM100 / RM150 | RM1,650 |
BUJANG | RM50 | RM600 |
- PENERIMA KELAYAKAN STR SAHAJA :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT SETIAP BULAN | JUMLAH KREDIT SETAHUN |
---|---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | RM100 | RM900 |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM50 | RM450 |
BUJANG | – | – |
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad, ikuti panduan semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKAD 2025
Hanya penerima yang disahkan sahaja boleh menggunakan Bantuan MyKad seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan MyKad (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini).
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.