PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : REGISTER ONLINE SEKARANG
Kuota permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) bagi setiap cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah berbeza di setiap negeri. Oleh itu, pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan sebelum kuota penuh.
Bagaimanakah permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SEMULA SPM : PERMOHONAN SECARA ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
TUJUAN PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Program Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) dilaksanakan adalah bertujuan untuk :
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
SYARAT PEMOHON BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) adalah khas untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) atau memiliki Lesen Belajar Memandu (LDL) Kelas B2 yang tamat tempoh lebih dua (2) tahun; dan
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Untuk menyertai Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2), pemohon perlulah kemukakan permohonan melalui pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setiap negeri seperti berikut :
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Lazimnya Program Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) akan berlangsung dari bulan Februari sehingga Oktober (seperti tahun lalu) dan permohonan dibuka sehingga kuota yang ditetapkan penuh bagi setiap cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Walaubagaimanapun, pihak berwajib belum membuat sebarang pengumuman rasmi berkaitan tarikh permohonan yang dibuka bagi setiap cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di setiap negeri seluruh Malaysia.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.