SEMAK SEMULA SPM 2025 : PERMOHONAN SECARA ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

SEMAK SEMULA SPM 2025 : PERMOHONAN SECARA ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 telah diumumkan pada baru-baru ini kepada 402,956 calon yang berdaftar telah menduduki peperiksaan. Namun, sekiranya Ibubapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan gred yang diperolehi boleh membuat permohonan semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara online.

Bagaimanakah permohonan semak semula SPM? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : CEK SENARAI BARANG MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

PROSES SEMAKAN SEMULA SPM 2025

Bagi calon biasa atau kes “T” yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), perlulah melalui proses-proses seperti berikut :

  1. Semakan semula keputusan pada tarikh yang dibuka;
  2. Semakan melalui portal rasmi / aplikasi e-Lembaga Peperiksaan;
  3. Permohonan mata pelajaran yang ingin disemak;
  4. Buat bayaran (RM100 / mata pelajaran);
  5. Semak keputusan “KEKAL” atau “BERUBAH” :
    • “KEKAL” : Slip keputusan sedia ada akan kekal terpakai; atau
    • “BERUBAH” : Calon perlu mengambil slip keputusan baharu.
  6. Slip keputusan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) bulan.

TEMPOH PERMOHONAN SEMAK SEMULA SPM 2025

Calon atau ibubapa dibenarkan untuk mengemukakan permohonan semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam masa 30 hari sahaja daripada tarikh keputusan peperiksaan diumumkan, iaitu bermula pada 24 April 2025 (Khamis) sehingga 23 Mei 2025 (Jumaat) sahaja.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN SEMAK SEMULA SPM 2025

Ikuti panduan lengkap permohonan semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara online seperti berikut :

  1. Muat turun Aplikasie-Lembaga Peperiksaandi Play Store atau App Store / layari Portal e-Lembaga Peperiksaan.
  2. Daftar akaun menggunakan alamat e-mel peribadi :
    • Bagi permohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi maklumat yang betul.
  3. Pilih menu bahagian [Semak Status] untuk membuat permohonan semakan semula keputusan.
  4. Setelah membuat bayaran bagi setiap mata pelajaran yang ingin disemak semula, pilih menu [Semak Status].
  5. Sekiranya keputusan semakan adalah ‘KEKAL’, slip keputusan peperiksaan sedia ada kekal terpakai.
  6. Sekiranya keputusan semakan adalah ‘BERUBAH’, calon perlu mengambil tindakan seperti berikut :
    • Calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan Sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu; atau
    • Calon persendirian perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
  7. Selesai.

KEPUTUSAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA SPM 2025

Terdapat dua (2) keputusan semakan semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu samada “KEKAL” atau “BERUBAH” dan sekiranya “KEKAL”, slip sedia ada kekal terpakai dan sekiranya “BERUBAH”, slip keputusan akan berubah dan calon akan diberikan dengan slip baharu.

Slip keputusan permohonan semakan semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baharu akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Slip keputusan semakan semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

PERATURAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA SPM (1)

Berikut merupakan antara peraturan yang ditetapkan untuk permohonan semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :

  1. Pastikan pelajar dan ibubapa mengenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakn semula boleh dibuat sekaligus.
  2. Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.
  3. Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2024, markah peperiksaan percubaan dan sijil/penyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
  4. Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
    • Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada :
      • Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 8, Blok E11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA, (u.p.: Unit Menengah Atas).

PERATURAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA SPM (2)

Berikut merupakan sambungan peraturan untuk permohonan semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :

  1. Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
  2. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)
  3. bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  4. Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Semakan Semula SPM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my.

Leave a Comment