CEK SENARAI BARANG MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD
Pada tahun lalu, kerajaan hanya menghadkan sebanyak 10 jenis barangan dapur MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKad. Kini, terdapat tiga (3) jenis barangan baharu yang boleh dibeli selain barang dapur iaitu produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan anak.
Bagaimanakah cek senarai barang MyKasih? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
CEK SENARAI BARANG MYKASIH 2025
Berikut merupakan senarai barangan MyKasih yang boleh dibeli guna Bantuan MyKad :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

CEK SENARAI KEDAI TERPILIH MYKASIH 2025
Terdapat 1,200 kedai terpilih MyKasih yang boleh membuat pembelian dengan guna Bantuan MyKad, antaranya ialah :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- Milimewa.
- 99 Speedmart.
- Lotus Stores (Tesco).
- Lulu Supermarket.
- Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
*Rujuk kedai terpilih berhampiran di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD UNTUK BELI BARANG MYKASIH
Ikuti panduan lengkap cara pembelian barang MyKasih dengan menggunakan Bantuan MyKad seperti berikut :
- Kunjungi kedai terpilih MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
CARA CEK BAKI MYKASIH BANTUAN MYKAD
Bagi penerima yang telah menggunakan Bantuan MyKad untuk pembelian barang MyKasih, baki yang ada boleh disemak seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.