PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : REGISTER ONLINE SEKARANG
Golongan belia khususnya pelajar sekolah menengah atau pelajar institut pengajian tinggi yang merupakan tanggungan yang berpendapatan rendah (B40) layak untuk mendapatkan Bantuan Lesen Memandu Percuma kelas B2 (motorsikal) melalui Program MyLesen B2.
Bagaimanakah permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SEMULA SPM : PERMOHONAN SECARA ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Syarat-syarat untuk pemohon Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Untuk menyertai Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2), permohonan boleh dibuat melalui pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setiap negeri mengikut panduan berikut :
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
*Kebiasaannya permohonan dibuka bermula Februari hingga Oktober atau sehingga kuota yang ditetapkan penuh.
PERATURAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Berikut merupakan peraturan untuk menyertai Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) :
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.
Mohon bantuan lesen memandu B2,percuma bagi B40
lesen percuma