SEMAK BANTUAN MYKASIH RM200 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 ditambah baik melalui peningkatan pengkreditan bulanan bagi membantu golongan yang benar-benar memerlukan agar keperluan barangan asas termasuk makanan mereka dapat dipenuhi.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima bantuan mykasih rm200 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYKASIH STR 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH RM200
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Penerima Sedia Ada;
- Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Baharu
- Bukan penerima eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
MANFAAT BANTUAN MYKASIH RM200
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM200 / RM150 / RM100 / RM50 (mengikut kelayakan individu) pada setiap bulan yang akan dikreditkan melalui MyKad mereka untuk membeli 13 Kategori produk barangan keperluan asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH MENGIKUT KELAYAKAN PENERIMA
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
PENERIMA SARA SEDIA ADA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA SARA BAHARU (LULUS STR & BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
PORTAL RASMI SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYKASIH
Semakan bantuan boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Kelayakan Penerima; dan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH RM200
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara