SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih telah membantu ramai rakyat yang kurang berkemampuan untuk memenuhi keperluan asas. Oleh itu, peruntukan dipertingkatkan sehingga 75% untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang layak.
Bagaimanakah semakan status SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYKASIH RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
BILANGAN PENERIMA SARA MYKASIH 2025
Penerima yang layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih pada tahun 2025 adalah seramai 5.7 juta merangkumi jenis kelayakan berikut :
JENIS KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Penerima Status Miskin & Miskin Tegar (Isi Rumah, Bujang & Warga Emas) | 0.7 juta penerima |
Penerima Status Asas Bukan Miskin (Isi Rumah & Warga Emas) | 4.7 juta penerima |
KADAR KREDIT SARA MYKASIH MENGIKUT STATUS 2025
Berikut merupakan kadar pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih mengikut status penerima :
- Penerima Status Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI ISI RUMAH | KATEGORI BUJANG | KATEGORI WARGA EMAS |
---|---|---|
RM2,100 setahun (RM100 / RM200 sebulan) | RM600 setahun (RM50 sebulan) | RM1,650 setahun (RM100 / RM150 sebulan) |
- Penerima Status Asas Bukan Miskin :
KATEGORI ISI RUMAH | KATEGORI WARGA EMAS |
---|---|
RM900 setahun (RM100 sebulan) | RM450 setahun (RM50 sebulan) |
TEMPOH KREDIT SARA MYKASIH 2025
Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih bagi setiap penerima adalah berbeza mengikut tempoh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PENGKREDITAN |
---|---|
Miskin & Miskin Tegar | Selama 12 bulan : Bermula 15 Januari 2025 Sehingga 1 Disember 2025 |
Asas Bukan Miskin | Selama 9 bulan : Bermula 1 April 2025 Sehingga 1 Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2025
Ikuti panduan semakan status SARA MyKasih seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih | https://mykasih.com.my |
- Sila layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di atas.
- Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.